Monday, 22 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 22-06-2009
SOALAN NO: 97

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai projek yang dilaksanakan di kawasan Bakri di bawah peruntukan khas Y.A.B. Perdana Menteri sebanyak RM500,000 untuk setiap kawasan Parlimen:-

(a) senaraikan projek, kos projek dan syarikat yang melaksanakan projek dari 2000 hingga 2009; dan

(b) jelaskan perunturan yang harus dipatuhi untuk permohonan secara terperinci.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

(a) Bagi tempoh bermula tahun 2004 hingga 2009 yang lalu, sebanyak 848 projek bernilai RM4.9 juta telah dibelanjakan bagi faedah rakyat di bawah Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen Bakri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM0.88 juta dibelanjakan bagi tujuan penyediaan kemudahan infrastruktur, RM3.7 juta dibelanjakan bagi tujuan pembinaan ameniti sosial, RM15,000.00 dibelanjakan bagi tujuan projek keagamaan dan RM0.24 juta dibelanjakan bagi sebagai sumbangan kepada NGO dan persatuan yang memerlukan. Kategori, bilanagn projek dan kos projek bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah seperti berikut (sehingga kini, tiada perbelanjaan untuk tahun 2009):
































































































2004

2004

2005

2005

2006

2006

2007

2007

2008

2008

KATEGORI

BIL PROJEK

KOS PROJEK(RM)

BIL PROJEK

KOS PROJEK(RM)

BIL PROJEK

KOS PROJEK (RM)

BIL PROJEK

KOS PROJEK (RM)

BIL PROJEK

KOS PROJEK (RM)

INFRASTRUKTUR

12

80,000

3

20,000

12

707,950

9

68,500

1

1,500

AMENITI SOSICAL

72

427,000

109

515,000

275

1,292,050

182

931,500

104

548,500

KEAGAMAAN

0

0

4

15,000

0

0

0

0

0

0

BANTUAN/SUNBANGAN

10

93,000

0

0

0

0

0

0

2

150,000

JUMLAH

94

600,000

116

550,000

340

2,000,000

191

1,000,000

107

700,000



(b) Permohonan penggunaan peruntukan ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kemajuan Negeri di Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPN) masing-masing. Pegawai Kemajuan Negeri akan menimbangkan sama ada permohonan projek di bawah peruntukan ini yang dikemukakan oleh Y.B. Ahli Parlimen atau pihak-pihak lain untuk faedah rakyat dilaksana mengikut perunturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan dan surat-surat Arahan Perbendaharaan yang berkaitan.

Walau bagaimanpun, segala keputusan berhubung permohonan projek bagi peruntukan kawasan Parlimen ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pegawai Kemajuan Negeri yang akan mempertimbangkannya mengikut keutamaan.

No comments:

Post a Comment