Saya telah mengemukakan persoalan tentang masalah perlombongan emas di Bukit Koman, Raub yang telah membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar dan ancaman kepada kesihatan penduduk tempatan kepada Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar dalam peringkat pembahasan, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, di dalam Dewan Rakyat. Timbalan Menteri SAAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup telah menerima pelawaan saya turun pandang ke tapak tersebut untuk memafami keadaan sebenar dan mengenalpastikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan.
Tarikh lawatan awal yang ditetapkan ialah pada pukul 10 pagi, 11hb Jan 2010. Atas sebab-sebab tertentu, Timbalan Menteri telah merubah tarikh lawatan kepada 12hb Jan pada minggu lepas. Setelah menerima surat rasmi daripada Kementerian SAAS, saya telah mempelawa secara rasmi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen selaku Ahli Parliment Raub yang perihatin untuk turut serta dalam lawatan ini demi memperjelaskan kemusykilan penduduk tempatan atas isu perlombongan emas tersebut.
Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. telah menggunakan cara CIL (Carbon In Leach) dalam kerja pemprosesan emas pada Feb 2009 tanpa ambilkira kesihatan penduduk tempatan. Dalam cara pemprosesan CIL ini, selain “activated carbon” sebagai satu agen yang dikatakan lebih selamat, dua jenis agen lain yang merbahayakan iaitu “sodium cyanide” dan “hydrocloric asid” yang bertoksin telah digunakan tanpa penjelasan dan pengumuman tentang bahayanya kepada masyarkat awam.
Ahli Parliment Seputeh, Sdr. Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parliment Kepong, Sdr. Dr Tan Seng Giaw pernah membentangkan persoalan tentang bahayanya menggunakan cara CIL dalam Dewan Rakyat pada sidang Jun dan Nov, 2007. Jawapan daripada SAAS ialah “sodium cyanide” akan berubah kepada bahan kimia yang kurang toksin apabila terdedah di bawah cahaya ultra unggu matahari tanpa menyentuh tentang ancaman alam sekitar yang diakibatkan oleh “sodium cyanide”. Air yang digunakan dalam pemprosesan emas tersebut ialah daripa punca mata air bawah tanah menerusi 7 telaga yang bersinanbungan yang mana masalah pencemaran air bawah tanah yang serius akan berlaku sejak operasi pemprosesan emas dimulakan. Dimaklumkan bahawa salah satu daripada telaga air berkenaan cuma berjarak 1km dari Hospital Besar Raub. Dalam Projek Pemindahan Air Mentah Antara Negeri (ISRWT) antara negeri Pahang dan Selangor, punca pengambilan air ialah di Empangan Klau yang jaraknya kurang 20 km daripada tapak lombong emas tersebut. Sekiranya berlaku kebocoran “sodium cyanide” dan “hydrocloric acid” di bawah tanah, toksinnya akan terserap ke mata air bawah tanah dan merebak sehingga negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Bayangkan mudarat yang akan mengancam nyawa berjuta-juta warga kelak jika dibiarkan lombong emas tersebut beroperasi dengan kerajaan hanya mendapat keuntungan jangka pendek. Apakah pendirian kerajaan dalam menjamin keselamatan nyawa penduduk dalam jangkamasa panjang ?
Selain itu, “hydrocyanic acid” yang berperisa pahit akan terhasil bila “sodium cyanide” bertembung dengan wap lembab. Toksinya tidak berwarna dan tidak busuk dan boleh membunuh sesuatu nyawa pada bila-bila masa sahaja. Malaysia merupakan negara Khatulistiwa yang mana cuacanya panas dan lembab sepanjang tahun. Bila berlakunya kebocoran “sodium cyanide”, nyawa 2 ribu penduduk Kg. Bukit Koman dan lebih 40,000 penduduk Raub akan terancam. Sehingga hari kerajaan masih tidak mengadakan langkah-langkah keselamatan dan memasang alat pemantauan untuk menjamin keselamatan penduduk tempatan. Cuma sekali sahaja alat pemantauan udara dipasang selama 8 hari seakan menandakan kerajaan telah terlaksana tanggungjawab sepenuhnya.
Pemilik besar Raub Australia Gold Mining ialah Dato Seri Andrew Kam Tai Yeow, anak kepada bekas setiausaha MCA, Kam Woon Wah. Laporan audit tahunan syarikat ini menyatakan bahawa lombong ini masih boleh diusahakan selama 4 tahun lagi dan keuntungan yang dijangkakan ialah sebanyak RM 100 juta/tahun. Namum, syarikat kroni ini tidak melaksanakan tanggungjawab sosialnya untuk membekalkan rangkain jaring keselamatan untuk mengekang kebocoran bahan kimia berlaku. Apabila lombong ini ditutup kelak, bahan toksin akan kekal di hujung lombong (tailing). Tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar di sekitarnya akan mati keracunan. Adakah syarikat kroni berkenaan sanggup mengorbankan nyawa penduduk tempatan yeng telah bermastautin lebih 100 tahun di sana demi mengaut keuntungan jangka pendek ?
Jawatankuasa Anti-cyanide Bukit Koman pernah mengemukakan dakwaan di makhamah untuk mengadakan “judical review” untuk mengenalpastikan “preliminary enviromental impact assesment”(PEIA). Tetapi pada 1hb., Jun, 2009, Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Makhamah Tinggi, Hakim besar Datuk Lau Bee Lan, telah menolak petisen tersebut dengan alasan laporan alam sekitar telah diwartakan pada tahun 1997 dan tempoh rayuan telah tamat. Oleh itu kes ini tidak akan didengar lagi. Baru-baru ini, Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah bukan khas untuk umat Islam di Makhamah Tinggi. KDN telah berjaya mendapatkan perintah makhamah dalam masa 3 hari sahaja supaya keputusan makhamah ditangguhkan. Ini memberikan ikhbar bahawa kerajaan pusat lebih mengutamakan penggunaan perkataan Allah daripada nyawa rakyat Malaysia yang sentiasa diancam oleh bahaya toksi. Nyawa penduduk Bukit Koman khasnya dan penduduk sekitar Raub amnya seakan “abu di atas tunggul” tidak dihiraukan langsung.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Firman Allah s.w.t bahawa, Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata) : “Adakah Engaku (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu dan mensucikan Mu ?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak mengetahuinya”. (2 Baqarah:30).
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَوَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (51.Az-Zariyat: 20-21).
Dalam ajaran Islam, Tuhan telah mengurniakan bumi untuk manusia dan memandatkan manusia sebagai khalifah untuk menguruskan bumi mengikut hukum Allah s.w.t.. Tetapi hakikatnya isu penggunaan toksin dalam perusahaan perlombongan emas di Bukit Koman menunjukkan manusia telah membelakangkan takdir Tuhan dengan merosakkan bumi yang suci ini. Adakah kerajaan, wakil rakyat dan pemimpin tempatan serta usahawan masih mengikut mandat rakyat dan takdir Tuhan ?
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada kerajaan BN untuk merealisasikan konsep PM Dato Seri Najib, “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” di samping sentiasa menghayati asas ajaran agama masing-masing. Penduduk tempatan sentiasa mengalu-alukan jawapan dan penyelesaian yang berperikemanusian daripada kerajaan BN.
Er Teck Hwa.
Ahli Parliment Bakri
07/01/2010
Showing posts with label kenyataan. Show all posts

Friday, 8 January 2010
Wednesday, 23 December 2009
Kenyataan Akhbar YDP Majlis Perbandaran Muar Yang Tidak Relevan
Kenyataan akhbar oleh YDP, MPM, Encik Abd. Wahab mengenai isu kolam renang Muar yang disiarkan pada 19hb., Dec., 2009 amat mengecewakan saya dan rakyat tempatan. Kenyataan akhbar beliau bahawa tiada keuntungan akan dicapai jika usaha baik pulih kolam renang tersebut dilaksanakan agak tidak relevan.
Dalam peringkat pembahasan bajet 2010 di Dewan Rakyat, persoalan berkenaan dengan kolam renang Muar yang terbengkalai lebih 15 tahun telah ditujukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Belia dan Sukan. Timbalan Menteri KPPT, Dato Lajim Ukim telah memberikan jawapan yang positif bahawa beliau akan berkompromi dengan KBS untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Begitu juga Timbalan Menteri KBS, Dato Razali Ibrahim selaku Ahli Parliment Muar juga bersetuju bahawa penyelesaian isu kolam renang ini perlu disegerakan memandangkan ia amat menyakitkan mata. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP, MPM yang sepatutnya menjaga kepentingan khalayak ramai Muar amat mengecewakan; bahkan membelakangkan kepentingan rakyat.
Menurut jawapan daripada kerajaan Negeri Johor atas persoalan DUN Bentayan, Sdr. Gwee Tiong Hiang dalam Persidangan DUN pada Ogos, 2008., anggaran kos baik pulih untuk kolam renang Muar adalah sebanyak RM 3 juta. Jika dibandingkan dengan kos pembinaan Menara Jam sebanyak RM 1.6 juta, kos perhiasan mengecat Menara Jam sebanyak RM 175,000 yang dilakukan pada bulan Julai, kos projek Dataran Tanjung Emas sebanyak RM 4 juta, ditambah dengan kos pembaikan tebing sungai yang condong sebanyak RM 500,000 yang membawa jumlah kos keseluruhan RM 6.25 juta yang mana cukup untuk membaikpulihkan kolam renang Muar sebanyak 2 kali telah bercanggah dengan kenyataan YDP yang mana MPM tiada dana yang cukup untuk kerja baik pulih kolam renang yang telah lama terbiar.
Jawapan daripada Persidangan DUN Negeri Johor bahawa kolam renang tersebut terpaksa ditutup kerana “tidak lagi sesuai dan selamat untuk digunakan”. Sebab-sebab kenapa operasi pengurusannya diberhentikan spotan tidak dinyatakan. Persoalannya ialah kenapa tiada langkah-langkah awal diambil oleh pihak berkuasa pada tahun 1996 apabila kola renang tersebut menghadapi masalah dan biarkan dijadikan habitat biawak selama 13 tahun !
Kenyataan Abd. Wahab bahawa sektor swasta tiada minat dalam pembinaan kolam renang awam memandangkan tiada keuntungan menggalakkan akan diperolehi amat tidak logik. Atas permintaan rakyat tempatan dan tiadanya kolam renang awam di Muar, beberapa kolam renang swasta yang mengenakan bayaran yang berpatutan telah ditubuhkan kebelakangan ini. Adakah beliau melakukan kajian yang spesifik selalu mengeluarkan kenyataan sebegini ? Lagigun sebagai seorang ketua kakitangan awam yang dibayar upah oleh duit cukai orang awam, sepatutnya pendirian adalah berpihak kepada kepentingan rakyat umum, bukan seperti seorang ahli korporat yang mementingkan keuntungan wang ringgit semata-mata. Jikalau semua projek yang dilaksanakan olehj MPM adalah berlandaskan keuntungan, kemungkinan besar perpustakaan awam akan ditutup kerana tiada keuntungan wang ringgit dicapai. Ini menunjukkan kenyataan beliau bercanggah dengan slogan PM, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Begitu juga, Dataran Tanjung Emas yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 4 juta dan Menara Jam yang bernilai RM 160,000 tidak mengenakan sebarang bayaran pengunjungan juga tidak mencapai keuntungan sepertimana erti keuntungan wang ringgit yang dimaksudkan oleh beliau. Kenapa kedua projek ini masih dilaksanakan tanpa keuntungan dicapai ? Sudah diketahui umum bahawa penyedian infrastruktuk awam oleh kerajaan tempatan memang tidak dapat mencapai keuntungan, tetapi tujuan asasnya ialah untuk memenuhi permintaan rakyat tempatan. Bahkan kerugian wang ringgit dapat dikurangkan dengan sistem pengurusan yang berkesan. Sepertimana sebuah kolam renang awam yang telah didirikan sejak dulu dan dibiarkan menjadi habitat biawak setelah majlis dinaikan taraf kepada “ Perbandaran” boleh diapplikasikan dengan pengurusan yang lebih effisen, bayaran masuk yang berpatutan dan anjuran kelas renang untuk menyeimbangkan perbelanjaan pengurusan. Kenapa Abd. Wahab langsung tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji dan melaksanakan sesuatu penyelesaian yang memenuhinya permintaan tuannya, iaitu rakyat umum ?
Kenyataan Abd. Wahab bahawa adalah lebih baik tumpu kepada pembinaan jalanraya dan jambatan daripada pembinaan kolam renang yang lebih mahal juga tidak munasabah. Beliau perlu sedar kerja pembinaan infrastruktuk awam seperti jalanraya, jambatan, parit dan lampu jalan adalah kewajipan asas bagi sebuah kerajaan tempatan. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, perlu juga memikirkan untuk membina dewan rakyat, perpustakaan awam, kemudahan bersukan dan tempat rekreasi untuk memenuhi permintaan tempatan. Dalam jawapan Timbalan Menteri KPKT, Dato Lajim Ukim tentang tiadanya lampu jalan sepanjang Jalan Bakri ialah MPM tidak pernah menyatakan dan meminta peruntukan daripada KPKT untuk menangani masalah tersebut. Apakah yang mengelirukan Abd. Wahab tidak menghiraukan langsung tentang masalah infrastruktuk, iaitu tiadanya lampu jalan sepanjang Jalan Bakri ? Sebelum ini jawapan daripada Abd. Wahab ialah MPM tidak cukup dana untuk pemasangan lampu awam dan perlu dilakukan secara peringkat-peringkat. Kenapa beliau tidak mengemukan permohonan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi semata-mata untuk menolak tanggungjawab ? Adakah beliau sedar tentang tanggungjawab dan intergrati sebagai seorang ketua kerajaan tempatan yang jujur ?
Rakyat Muar pernah bermegah dengan adanya kolam renang yang bertaraf olimpik pada tahun 80an. Ia merupakan tempat untuk anak-anak tempatan untuk berlajar dan berlatih teknik renang. Bahkan satu pasukan pengakap yang unik iaitu “Sea Scount” pernah diorganasikan oleh Sekolah Menengah tinggi Muar. Kini kolam ini telah dibiarkan dan dijadikan habitat biawak. Abd. Wahab perlu berfikir panjang untuk menangani isu kolam renang tersebut dan merelakan ketidakpuasan penduduk tempatan tentang cara pengendalian MPM sebelum ketidakpuasan rakyat umum ini merebak dan mengugat kedudukan kerajaan Najib Tun Razak. YDP MPM perlu berfikir masak sebelum bertindak sesuatu.
Ahli Parliament Bakri
Er Teck Hwa
23.12.09
![[IMG_0062.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVGRQnvPNkXnpld0jsXm8yVY6FiyOwbjH8cCCJjjLq2eIL8b6R7HHe6g10JDXHlznt9pgz_6hvYGO9V7ZIqk6TIbciX3QIFPwHFAaHW3fHDTsMuLlLrDaCPuMHgjm4mMV32BECI72dQuqW/s1600/IMG_0062.jpg)
▲ Y.B. Er Teck Hwa membawa watawan-watawan tempatan ke Kolam Renang Muar
![[IMG_0074.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEga-rZmGRw68CKOVYaZreu2KQtvIAwNUeLp79z1PgbtTv2CYLDirE00Ug4No3RPycIPl15ndyULw2TufVV8lXP5qqq17SZyswlTUC8zNHWctY7gJlfsNwfFu4OfZThq2kIwVB7I56YiutZt/s1600/IMG_0074.jpg)
▲ Mengelilingi dengan semak, mereka mengamati biawat yang sedang berenang didalam kolam yang ketinggalan
![[IMG_0080.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9rN_SOEpjYfGEQw8tJ2dTY8MXcRUXwrf4CjU3enkzxvBUm-SomgPaFHDYNCug9UlewVJ9ck59mss06gWSsnFKG00v8GBdiQiXkaOQBDAGyDv7LmxSmHXd6NVt5jkSFNK_25l2vbrFY31Z/s1600/IMG_0080.jpg)
▲ Y.B. Er tunjuk kepada watawan tentang gambar yang diambil
![[IMG_0081.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyKlf1vAwnoNpHTKNWdsJoEIc2lwvZ56X3YYb1Ys-NgIOg9ZddrQD05EVhAlfWM-_awEij-lTjHlUtOhgFpjXHlKC5iMspAZGtfUWXFQlcKnMNxoyVZ6tolXbLdfBRZDRUYG8BwMMf50p5/s1600/IMG_0081.jpg)
▲ watawan dari suratkhabar NST sedang menanya Y.B. Er pendapat beliau

Tuesday, 7 July 2009
Dato’ Chua Jui Meng, Jangan Memandang Rendah Kebijaksanaan Dan Kewarasan Rakyat Lagi
Rakyat agak terpegun dengan kenyataan akhbar Dato’ Chua Jui Meng pada 6hb Julai 2009 yang mencabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selaku Ketua Penyelaras BN bagaimana hendak memenangi balik kawasan Bakri dengan membongkarkan kegagalan perlaksanaan projek Amulatory Care Centre yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat pada tahun 2003 dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta. Pusat kesihatan baru yang terancang ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat di sekitar Johor Utara telah dijanjikan oleh BN Bakri semasa kempen pilihanrayq ke-11. Tetapi malangnya Dato’ Chua Jui Meng telah dipinggirkan oleh pucuk pimpinan MCA dan dilucutkan jawatan selaku Menteri Kesihatan dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas pilihanraya ke-11.
Ini telah mendedahkan kejahilan Dato’ Chua Jui Meng tentang tanggungjawab dan intergriti sebagai ahli parlimen; seoah-olah beliau tidak perlu bertanggungjawab atas kegagalan perlaksanaan projek tersebut setelah tidak dimahkotakan sebagai Menteri Kesihatan. Selaku ahli parlimen yang senior (5 penggal) perlu memantau dan memastikan segala projek yang tertera dilaksanakan dengan lancar demi kebaikan rakayat, khususnya di kawasan beliau. Lagipun selaku wakil rakyat pemerintah, perlu menjaga kebajikan rakyat yang dimandatkan dengan jujur; bukan mencaturkan nasib rakyat untuk memperkukuhkan karier politik peribadi.
Beliau selaku bekas menteri perlu sedar bahawa tugas menteri ialah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat; sebagai seorang pemimpin yang berperikemanusiaan dan berhati rakyat perlu membetulkan segala penyelewengan yang berlaku, bukan menolak tanggungjawab kepada pihak lain dengan alasan tanpa proforlia menteri dijawat. Pada hakikatnya rakyat tempatan pernah terkilan dan termegah dengan jawatan Menteri Kesihatan beliau, tetapi kini rakyat telah sedar dan meluah atas amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan kroni-kroni BN, penyelewengan projek-projek kerajaan dan permainan emosi perkauman untuk keutuhan kuasa kapitalis dan politikus BN, lantas BN tumbang di kawasan Bakri pada 08hb, Mac, 2008. Kalau Dato’ Chua Jui Meng kekal dengan sikap jahil dan sengaja memperbodohakn minda rakyat, boleh cuba nasib di kawasan Bakri dengan ujian legensi yang terakhir pada pilihanraya ke-13. Rakyat akan sudi menilai sendiri siapa yang patuh menaruh harapan demi bangsa dan Negara.
Rakyat tentu tidak berminat atas pertelingkahan dalaman MCA antara beliau dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Keangkuhan beliau tidak hadir ke mesyurat BN di Muar kebelakangan ini adalah wayang kulit yang hanya diminati oleh ahli-ahli part yang tidak mengerti apa itu kecekapan, keadailan dan ketelusan dan sentiasa mengaibkan harapan rakyat. Kalau beliau menganggap diri telah dianiaya dan sentiasa suci apabila berdepan dengan Tuhan, sila dedahkan segala penyelewengan projek pusat kesihatan tersebut kepada awam, meminta maaf dan tarik diri daripada BN untuk bersama rakyat menuntut keadilan dan menjatuhkan kerajaan munafik BN.
Sungguhpun Dato’ Chua Jui Meng selaku ahli Parlimen Bakri 5 penggal dan pernah menjawat menteri yang digeruni, tetapi jangan memandang rendah kebijaksanaan dan kewarasan minda rakyat yang mengerti hak sebenar. Rakyat tahu menilai siapa itu anjing dan siapa itu pembela nasib mereka. Tanah air suci ini yang dikurniakan oleh Tuhan dengan pelbagai kekayaan telah dieksploitasikan oleh Umnoputera yang disokong oleh konco-koco dan anjing-anjing MCA dan MIC untuk kepentingan parti dan peribadi dan menjahanamkan hak asasi rakyat selaku tuan sebenar.
Dinasihatkan Dato’ Chua Jui Meng jangan mabuk dengan legend peribadi dan cuba mengaburkan mata rakyat lagi dengan kewibawaan yang tercemar dengan kenyataan yang mengelirukan. Rakyat yang telah jelik mata dan matang fikiran tidak akan terpedaya dengan mainan politik yang kotor. Rakyat hanya akan menaruh harapan bangsa dan Negara ke atas tokoh yang telus, jujur dan perihatin rakyat. Rakyat sentiasa menolak rasuah, munafik dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat sanggup korban diri demi menjamin masa depan yang baik untuk generasi akan dating; seperti kata pepatah Melayu, “biar putih tulang, jangan putih mata”.
Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

Sunday, 7 June 2009
membuat laporan kepada polis untuk mengurangkan kes-kes jenayah
Ahli Parlimen kawasan Bakri YB Er Teck Hwa telah menerima aduan seorang wanita yang bernama Ng Noi Keng (48 tahun, penjaja) mengenai kes rompakan yang telah berlaku pada 2 Jun 2009 semasa beliau menghadiri aktiviti pada pukul 6.45 petang di Pusat Khidmat DAP Bakri pada hari yang sama. Mangsa meminta bantuan untuk melaporkan kes tersebut kepada polis. Setelah memahami proses dan maklumat yang terlibat dalam kes tersebut, YB Er Teck Hwa dan pembantunya Soh Chun Hien, Phua Sau Ching dan Er Teck Keng telah menemani mangsa membuat laporan di Balai Polis.
Menurut mangsa Puan Ng, kes tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang pada hari tersebut. Pada masa itu, kakak seipar menghantarnya balik ke rumah dengan menunggang motosikal. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan tinggi dan kurus yang menunggang motosikal berkuasa besar berwarna merah dan plat motosikal bernombor JFA 4154 telah muncul di jalan depan Sekolah Menengah St. Andrew yang menghubungkan ke Jalan Hashim. Lelaki tersebut telah meragut seutai rantai emas yang bernilai RM 800. Disebabkan mangsa berasa panik, dia telah menjerit untuk meminta pertolongan. Tetapi mangsa tidak sangka lelaki tersebut memusing balik dan merenungnya sehingga dia berasa takut dan tidak mengejar lelaki tersebut. Mangsa tersebut tidak tahu cara untuk melaporkan kes tersebut kepada polis dan dia telah meminta portolongan daripada Ahli Parlimen kawasan Bakri YB Er Teck Hwa.
YB Er Teck Hwa berasa bangga atas tindakan segera yang telah diambil oleh mangsa tersebut. Walaupun mangsa tersebut tidak tahu cara untuk melaporkan kes, tetapi dia telah melaksanakan tanggungjawab bersama yang sepatutnya dipunyai oleh seseorang warganegara. Dia telah membuat laporan kes kepada polis tanpa membuang masa dan tindakan ini memudahkan proses penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis.
Beliau juga menyatakan bahawa jika orang ramai bertemu dengan perompak tersebut, tindakan melaporkan kes harus dilakukan supaya pihak polis boleh mendapat maklumat yang mencukupi dan kes tersebut boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Kes serupa yang melibatkan lebih banyak mangsa juga boleh dielakkan. Jika mendapati sesiapa yang mengesyaki, sila melaksanakan tanggungjawab rukun tetangga atau menghubungi talian ini 06-9526001 dengan segera.
YB Er Teck Hwa juga berharap Kementerian Dalam Negeri dan ketua polis daerah memberi perhatian terhadap masalah yang melibatkan sikap pihak polis dalam urusan laporan kes jenayah. Mangsa biasanya telah mengalami kecederaan sama ada dari aspek fizikal atau mental atau kedua-duanya masih menhadapi masalah sikap buruk yang ditunjukkan oleh pihak polis semasa laporan kes dibuat. Keadaan ini akan menyebabkan orang ramai tidak melakukan apa-apa selepas sesuatu kes jenayah berlaku untuk mengelakkan layanan buruk pihak polis yang diberikan. Masalah ini telah menyebabkan penjenayah bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa berasa takut dan kes-kes jenayah akan bertambah pada masa yang masa. Baru-baru, terdapat aduan mengenai masalah ini berlaku. YB Er Teck Hwa telah menghubungi Ketua Polis Daerah Muar En. Mohammad Nasir bin Ramli mengenai masalah ini, beliau telah berjanji akan meminta perubahan sikap anggotanya dengan segera.
Jika orang awam menghadapi dengan masalah yang serupa, sila menghubungi dengan Pusat Khidmat DAP Bakri di talian 06-9534266.
![[P6020062_resize.JPG]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFyVvVo3V3lLRva8wLyuQ6wtT2sdK7DiFB39RQsBbJjxJi1m55v-OTfWsqNizbmxEnvMrbj9ksUAVL8XDhOa0TKRQkB2VYONcUi-79SCBlLV34DT3JmX8KcoCQeExh7KDaweHbBLVCGKRc/s1600/P6020062_resize.JPG)
▲Mangsa dalam keadaan ketakutan, suaminya menjelaskan proses kes jenayah tersebut kepada YB Er Teck Hwa
![[P6040003_resize.JPG]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYvTl9-87MXiIEBluuAJVx-ad6lCUX3-PXlBR8sh8LCvIRPFYya-PtNSzo0sC4y13x8OQmyCV2P9xjbeaCbK_Q3lvrAdWKmrGuB1FfAR2NYzoGHiLiFVyk9QxuP0yd4CIXqPHr8FiseYM5/s1600/P6040003_resize.JPG)
▲YB Er Teck Hwa mendorong orang ramai membuat laporan kepada pihak polis
Menurut mangsa Puan Ng, kes tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang pada hari tersebut. Pada masa itu, kakak seipar menghantarnya balik ke rumah dengan menunggang motosikal. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan tinggi dan kurus yang menunggang motosikal berkuasa besar berwarna merah dan plat motosikal bernombor JFA 4154 telah muncul di jalan depan Sekolah Menengah St. Andrew yang menghubungkan ke Jalan Hashim. Lelaki tersebut telah meragut seutai rantai emas yang bernilai RM 800. Disebabkan mangsa berasa panik, dia telah menjerit untuk meminta pertolongan. Tetapi mangsa tidak sangka lelaki tersebut memusing balik dan merenungnya sehingga dia berasa takut dan tidak mengejar lelaki tersebut. Mangsa tersebut tidak tahu cara untuk melaporkan kes tersebut kepada polis dan dia telah meminta portolongan daripada Ahli Parlimen kawasan Bakri YB Er Teck Hwa.
YB Er Teck Hwa berasa bangga atas tindakan segera yang telah diambil oleh mangsa tersebut. Walaupun mangsa tersebut tidak tahu cara untuk melaporkan kes, tetapi dia telah melaksanakan tanggungjawab bersama yang sepatutnya dipunyai oleh seseorang warganegara. Dia telah membuat laporan kes kepada polis tanpa membuang masa dan tindakan ini memudahkan proses penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis.
Beliau juga menyatakan bahawa jika orang ramai bertemu dengan perompak tersebut, tindakan melaporkan kes harus dilakukan supaya pihak polis boleh mendapat maklumat yang mencukupi dan kes tersebut boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Kes serupa yang melibatkan lebih banyak mangsa juga boleh dielakkan. Jika mendapati sesiapa yang mengesyaki, sila melaksanakan tanggungjawab rukun tetangga atau menghubungi talian ini 06-9526001 dengan segera.
YB Er Teck Hwa juga berharap Kementerian Dalam Negeri dan ketua polis daerah memberi perhatian terhadap masalah yang melibatkan sikap pihak polis dalam urusan laporan kes jenayah. Mangsa biasanya telah mengalami kecederaan sama ada dari aspek fizikal atau mental atau kedua-duanya masih menhadapi masalah sikap buruk yang ditunjukkan oleh pihak polis semasa laporan kes dibuat. Keadaan ini akan menyebabkan orang ramai tidak melakukan apa-apa selepas sesuatu kes jenayah berlaku untuk mengelakkan layanan buruk pihak polis yang diberikan. Masalah ini telah menyebabkan penjenayah bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa berasa takut dan kes-kes jenayah akan bertambah pada masa yang masa. Baru-baru, terdapat aduan mengenai masalah ini berlaku. YB Er Teck Hwa telah menghubungi Ketua Polis Daerah Muar En. Mohammad Nasir bin Ramli mengenai masalah ini, beliau telah berjanji akan meminta perubahan sikap anggotanya dengan segera.
Jika orang awam menghadapi dengan masalah yang serupa, sila menghubungi dengan Pusat Khidmat DAP Bakri di talian 06-9534266.
▲Mangsa dalam keadaan ketakutan, suaminya menjelaskan proses kes jenayah tersebut kepada YB Er Teck Hwa
▲YB Er Teck Hwa mendorong orang ramai membuat laporan kepada pihak polis
Majlis Perbandaran Muar itu sebagai hak milik MCA?
![[MPM+01.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmeYlhlcUUKS6VzkAXvumuqajbzjNcnUdqF7jxiQRsVUYDBqnP7fetqKk4wAr1LHJpNZ-nHj2djw3kyaOiWh8pBVS48gzeyynW-C2M0cvWK5PWjrSHP68bE6PyJ3p5NZfG7l3EYi_1SGjq/s1600/MPM+01.jpg)
Pada hari tersebut, Yang Di Pertua MPM Haji Ab. Wahab bin Ridwan masih tidak menghadiri diri ke kempen tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Saya menghubungi beliau dan diberikan jawapan bahawa beliau baru-baru ingin menghadiri diri ke kempen tersebut. Sebelum panggilan telefon diputuskan, terdapat orang ramai menyaksikan beliau sudah berada di persekitaran Taman Orkid. Keadaan ini dapat menunjukkan beliau merupakan seorang yang mempunyai tanggungjawab dan berkesanan dalam tugas yang diberikan. Jika beliau tidak mempunyai sikap-sikap tersebut, beliau tidak mungkin muncul di Taman Orkid dalam masa beberapa saat sahaja kerana tempat tinggal beliau berada di Jalan Daud.
Beliau akhirnya tiba di lokasi yang telah ditetapkan. Selepas itu, beliau hanya mengucapkan sepatah dua perkataan di depan para hadirin dan meninggal tempat tersebut dengan segera. Pada masa yang sama, para wartawan telah mendapati tempat penganjuran telah ditukar ke Pusat Makan Bentayan. Oleh itu, saya pun mengambil keputusan untuk menghadiri diri ke tempat penganjuran yang baru bersama-sama para wartawan.
Selepas lawatan beliau di Pusat Makan Bentayan selama satu jam, beliau telah menghadiri semula ke tempat penganjuran yang asal iaitu Pusat Rukun Tetangga Taman Orkid. Saya juga mengambil keputusan untuk mengikuti langkah yang telah diambil. Namun, kehadiran saya di Pusat tersebut telah dihalang oleh anggota MPM Halen Fong Soh Lan dan Chua Teck Boon. telah mengatakan bahawa kemasukan ahli parlimen ke tempat penganjuran perlu mendapat kebenaran daripada pihak penganjur rancangan rukun tetangga. Jika tidak, ahli parlimen tidak boleh masuk ke tempat penganjuran tersebut. Selepas perbincangan dengan mereka, mereka masih tidak boleh membenarkan saya masuk ke tempat penganjuran tersebut.
Surat khabar pernah melaporkan bahawa ramai orang tidak dapat membiasakan diri dalam fenomena selepas sunami politic pada 8hb Mac 2008 dimana kemunculan seorang ahli parlimen yang berasal dari parti pembangkang dalam daerah Muar yang merupakan kubu kuat BN selama ini. Perubahan ini amatlah penting terutamanya terhadap fenomena yang tidak baik. Fenomena seperti pemerintahan autokrasi, pilihan raya tempatan yang berasaskan kuota kaum dan sebagainya seharusnya dibetulkan. Masalah pada hari ini ialah kenapa pegawai-pegawai yang terlibat masih mengikut cara pemerintahan yang sama dan tidak ingin melakukan perubahan mengikut sistem pemerintahan demokrasi selepas 1 tahun dari 8hb Mac 2008.
Dua hari kemudian, ketua pergerakan pemuda MCA Thye Soon Yi mengatakan bahawa jika saya ingin menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh MCA, saya patut berfikir dulu untuk menyertai parti MCA. Beliau juga berkata bahawa jangan menonton aktiviti yang dianjurkan oleh MCA yang bertujuan berkomunikasi dengan orang ramai, beliau berkata perbuatan ini bukan tanggungjawab seseorang ahli parlimen.
Saya ingin memberitahu kepada En. Thye Soon Yi bahawa beliau telah bersalah dari segi teori. Sekarang kita bukan membincangkan tentang masalah MPM dalam prosedur pemerintahan demokrasi yang memilih anggota pemerintahan melalui pilihan raya tempatan. Kita ingin berfokus kepada permasalahan anggota MPM dipilih dari ahli parti MCA dan orang ramai tidak mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam bidang ini. Jika kenyataan ini benar, MCA mempercayai bahawa MPM merupakan harta benda MCA dan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan mengharamkan tontonan dari ahli parlimen. Beliau menggunakan perkataan “menonton” dan perbuatan menonton secara diam-diam atau secara diam-diam dari tepi atau belakang juga bukan tanggungjawab seseorang ahli parlimen.
Semasa menghalang saya dari memasuki tempat penganjuran oleh anggota MPM Halen Fong Soh Lan yang juga ketua whip MCA. Beliau mengatakan bahawa saya tidak dibenarkan memasuki tempat penganjuran sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak penganjur rancangan Rukun Tetangga. Jika hari ini saya memasuki tempat tinggal orang ramai tanpa kebenaran, saya boleh ditangkap oleh pemilik tempat tinggal tersebut. Tetapi, pusat Rukun Tetangga dimiliki oleh negara dan perbelanjaan ditanggung oleh rakyat. Sesiapa boleh memberikan sebab atas wakil rakyat yang telah dipilih sepatutnya mendapat kebenaran sebelum memasuki tempat awam. Adakah pusat Rukun Tetangga lebih berkuasa berbanding dengan MPM? Jika seseorang ahli parlimen tidak dibenarkan memasuki tempat awam, bagaimanakah dengan orang ramai?
Sebagai satu sistem dan prosedur pemerintahan negara, aktiviti-aktiviti rasmi semestinya dianjurkan oleh pihak pemerintah. Parti BN sebagai parti pemerintah pula mengatakan sesiapa yang ingin menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh mereka perlu menyertai parti mereka dulu. Macam mana proses pemerintahan negara boleh dilaksanakan sekiranya tanggapan parti politik ialah kerajaan dan tidak mempunyai perbezaan antara politik dan pemerintahan tidak dihapuskan?
Friday, 5 June 2009
Kemunculan Isu Kekurangan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Lagi!
Isu kekurangan biasiswa JPA akan timbul selepas pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun tanpa cara penyelesaian yang sesuai seakan-akan penyakit demam yang berleluasa di dunia setiap tahun. Walaupun terdapat pendebatan yang hangat dan mesyuarat di Parlimen dan Kabinet yang berterusan, tetapi kenapa isu ini masih tidak dapat ditangani dengan cara yang sesuai? Jika kita yang mempunyai sejarah pemerintahan selama 52 tahun masih dihantui isu pendidikan ini, apatah lagi dengan isu-isu yang lain yang lebih besar impaknya dan merumitkan?
Pada masa yang sama, Menteri MCA menunjuk tunjuk kehebatan diri melalui isu ini, membuat sebarang perjanjian di depan media atas dan akan mencuba sedaya upaya untuk membantu masyarakat Cina dalam isu ini. Tetapi adakah beliau benar-benar membuat demikian dalam mesyuarat Kabinet yang diadakah pada setiap hari Rabu? Orang ramai tidak dapat megetahui perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tetapi mereka mendapati bahawa polisi yang bersifat sementara telah dibuat setara dengan penamatan mesyuarat cabinet. Polisi ini hanya menyebabkan isu ini tidak dapat ditimbulkan dalam jangka masa yang pendek dan lebih penting mengelirukan orang ramai yang mengganggap isu ini telah ditangani dengan cara yang sesuai oleh pihak kerajaan. Namun begitu, isu ini masih akan berterusan dan mengulangi lagi sekiranya tidak terdapat polisi yang berterusan dan bersifat jangka masa yang panjang. Tanggapan yang salah telah diberikan kepada orang ramai kerana polisi yang bersifat sementara hanya “mendiamkan” isu tersebut sahaja dan bukannya benar-benar menyelesaikan isu tersebut.
Kita anggarkan bahawa setiap pelajar yang berjaya mendapat biasiswa JPA akan medapat RM 375,000 dan RM 75 juta akan digunakan untuk 2000 biasiswa JPA yang ditawarkan. Anggaran ini hanya menggunakan 0.1% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang bernilai sebanyak 695.7 bilion. Jika memberikan tawaran biasiswa kepada 7282 pelajar cemerlang yang memohon biasiswa tersebut, anggaran sebanyak 0.3% daripada KDNK akan digunakan dalam bidang ini. Wira India Gandhi pernah mengatakan bahawa tahap aspek moral dan pertumbuhan sesebuah negara boleh diketahui melalui sikap dan cara layanan yang digunakan terhadap haiwan oleh negara tesebut. Saya pula menggunakan pemikiran tersebut dalam isu ini. Tahap aspek moral dan pertumbuhan sesebuah negara boleh diketahui melalui sikap dan cara layanan yang digunakan terhadap bidang pendidikan oleh negara tesebut. Pemikiran ini adalah benar kerana kualiti rakyat yang akan menentukan pertumbuhan atau kemunduran sesebuah negara. Dalam hal ini, kualiti rakyat banyak dipengaruhi oleh aspek pendidikan. Apatah lagi isu ini melibatkan golongan pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang. Takkan masa depan mereka dikorbankan atas sikap ketidaktanggungjawaban kerajaan dalam isu ini.
Pelbagai isu tentang prosedur pemilihan dalam biasiswa JPA juga ditimbulkan. Isu ketidakterbukaan merupakan isu yang paling kritikal. Pemohon hanya akan mendapati keputusan sama ada berjaya atau gagal sahaja dan maklumat lain terutamanya sebab-sebab penentu tidak dinyatakan. Pengumuman tentang prosedur pemilihan dalam biasiswa JPA masih tidak dilaksanakan sejak penubuhannya dan proses permarkahan yang diumumkan hanya digunakan sebagai ilusi yang mengaburi fikiran orang ramai. Kenapa prosedur pemilihan tersebut tidak boleh diumumkan? Pemohon mempunyai hak untuk mengetahui semua maklumat yang berkaitan dan maklumat tersebut mungkin boleh membantu mereka terutamanya mereka yang ingin memmbuat aduan dalam masa yang singkat. Takkan perkara yang mudah ini pun tidak dapat dilakukan?
Semua pihak berharap isu ini dapat ditangani dengan cara yang berterusan dan berkesan. Jika pihak kerajaan masih tidak mengambil tindakan yang sepatutnya dan JPA tidak melakukan pengubahan dalam prosedur pemilihan biasiswa yang menyeluruh, isu ini masih akan timbul. Bukan sahaja pelajar yang cemerlang yang mendapat kesusahan, kita sebagai rakyat juga bertanggungjawab atas kesan yang disebabkan isu ini tidak dapat ditangani selama-lamanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)