Wednesday, 24 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 24-06-2009
SOALAN NO: 52

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapa kes-kes kemalangan berlaku di Pintasan Muar sejak 2005 hingga kini; dan

(b) senaraikan pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut mengikut jenis kenderaan, umur, jantina, bulan dan masa kemalangan berlaku dan punca-punca kemalangan ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah kes kemalangan yang dilaporkan berlaku di Jalan Pintasan Muar bagi tahun 2005 ialah sebanyak 28 kes, tahun 2006 sebanyak 80 kes, tahun 2007 sebanyak 63 kes dan tahun 2008 adalah sebanyak 30 kes. Manakala bagi tempoh januari hingga 22 Jun 2009, jumlah kes kemalangan yang dilaporkan di kawasan terbabit ialah sebanyak 65 kes menjadikan keseluruhan jumlah kes kemalangan yang dilaporkan dari tahun 2005 hingga bulan Jun 2009 bagi Jalan Pintasan Muar berjumlah 266 kes.

Tuan Yang Dipertua,

Kebanyakan kes kemalangan yang berlaku di Jalan Pintasan Muar adalah melibatkan motokar dan motosikal di mana punca kemalangan berlaku kebanyakannya disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri seperti melanggar lampu isyarat merah dan keluar dari simpang secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment