Sunday, 7 June 2009

Majlis Perbandaran Muar itu sebagai hak milik MCA?

[MPM+01.jpg]
Pada 1 Jun 2009, Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menganjurkan kempen kesedaran yang bertajuk penghapusan iklan yang tidak mempunyai permit bersama bantuan daripada pihak polis di Taman Orkid. Saya mengetahui kempen ini melalui laporan berita surat khabar dan mengambil keputusan untuk menghadiri kempen tersebut. Tetapi, pihak penganjur bersikap huru-hara dan bersalah atas kehadiran saya ke kempen tersebut. Pernyataan ini bukan dikeluarkan oleh saya tetapi dikeluarkan oleh para wartawan.

Pada hari tersebut, Yang Di Pertua MPM Haji Ab. Wahab bin Ridwan masih tidak menghadiri diri ke kempen tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Saya menghubungi beliau dan diberikan jawapan bahawa beliau baru-baru ingin menghadiri diri ke kempen tersebut. Sebelum panggilan telefon diputuskan, terdapat orang ramai menyaksikan beliau sudah berada di persekitaran Taman Orkid. Keadaan ini dapat menunjukkan beliau merupakan seorang yang mempunyai tanggungjawab dan berkesanan dalam tugas yang diberikan. Jika beliau tidak mempunyai sikap-sikap tersebut, beliau tidak mungkin muncul di Taman Orkid dalam masa beberapa saat sahaja kerana tempat tinggal beliau berada di Jalan Daud.

Beliau akhirnya tiba di lokasi yang telah ditetapkan. Selepas itu, beliau hanya mengucapkan sepatah dua perkataan di depan para hadirin dan meninggal tempat tersebut dengan segera. Pada masa yang sama, para wartawan telah mendapati tempat penganjuran telah ditukar ke Pusat Makan Bentayan. Oleh itu, saya pun mengambil keputusan untuk menghadiri diri ke tempat penganjuran yang baru bersama-sama para wartawan.

Selepas lawatan beliau di Pusat Makan Bentayan selama satu jam, beliau telah menghadiri semula ke tempat penganjuran yang asal iaitu Pusat Rukun Tetangga Taman Orkid. Saya juga mengambil keputusan untuk mengikuti langkah yang telah diambil. Namun, kehadiran saya di Pusat tersebut telah dihalang oleh anggota MPM Halen Fong Soh Lan dan Chua Teck Boon. telah mengatakan bahawa kemasukan ahli parlimen ke tempat penganjuran perlu mendapat kebenaran daripada pihak penganjur rancangan rukun tetangga. Jika tidak, ahli parlimen tidak boleh masuk ke tempat penganjuran tersebut. Selepas perbincangan dengan mereka, mereka masih tidak boleh membenarkan saya masuk ke tempat penganjuran tersebut.

Surat khabar pernah melaporkan bahawa ramai orang tidak dapat membiasakan diri dalam fenomena selepas sunami politic pada 8hb Mac 2008 dimana kemunculan seorang ahli parlimen yang berasal dari parti pembangkang dalam daerah Muar yang merupakan kubu kuat BN selama ini. Perubahan ini amatlah penting terutamanya terhadap fenomena yang tidak baik. Fenomena seperti pemerintahan autokrasi, pilihan raya tempatan yang berasaskan kuota kaum dan sebagainya seharusnya dibetulkan. Masalah pada hari ini ialah kenapa pegawai-pegawai yang terlibat masih mengikut cara pemerintahan yang sama dan tidak ingin melakukan perubahan mengikut sistem pemerintahan demokrasi selepas 1 tahun dari 8hb Mac 2008.

Dua hari kemudian, ketua pergerakan pemuda MCA Thye Soon Yi mengatakan bahawa jika saya ingin menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh MCA, saya patut berfikir dulu untuk menyertai parti MCA. Beliau juga berkata bahawa jangan menonton aktiviti yang dianjurkan oleh MCA yang bertujuan berkomunikasi dengan orang ramai, beliau berkata perbuatan ini bukan tanggungjawab seseorang ahli parlimen.

Saya ingin memberitahu kepada En. Thye Soon Yi bahawa beliau telah bersalah dari segi teori. Sekarang kita bukan membincangkan tentang masalah MPM dalam prosedur pemerintahan demokrasi yang memilih anggota pemerintahan melalui pilihan raya tempatan. Kita ingin berfokus kepada permasalahan anggota MPM dipilih dari ahli parti MCA dan orang ramai tidak mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam bidang ini. Jika kenyataan ini benar, MCA mempercayai bahawa MPM merupakan harta benda MCA dan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan mengharamkan tontonan dari ahli parlimen. Beliau menggunakan perkataan “menonton” dan perbuatan menonton secara diam-diam atau secara diam-diam dari tepi atau belakang juga bukan tanggungjawab seseorang ahli parlimen.

Semasa menghalang saya dari memasuki tempat penganjuran oleh anggota MPM Halen Fong Soh Lan yang juga ketua whip MCA. Beliau mengatakan bahawa saya tidak dibenarkan memasuki tempat penganjuran sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak penganjur rancangan Rukun Tetangga. Jika hari ini saya memasuki tempat tinggal orang ramai tanpa kebenaran, saya boleh ditangkap oleh pemilik tempat tinggal tersebut. Tetapi, pusat Rukun Tetangga dimiliki oleh negara dan perbelanjaan ditanggung oleh rakyat. Sesiapa boleh memberikan sebab atas wakil rakyat yang telah dipilih sepatutnya mendapat kebenaran sebelum memasuki tempat awam. Adakah pusat Rukun Tetangga lebih berkuasa berbanding dengan MPM? Jika seseorang ahli parlimen tidak dibenarkan memasuki tempat awam, bagaimanakah dengan orang ramai?

Sebagai satu sistem dan prosedur pemerintahan negara, aktiviti-aktiviti rasmi semestinya dianjurkan oleh pihak pemerintah. Parti BN sebagai parti pemerintah pula mengatakan sesiapa yang ingin menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh mereka perlu menyertai parti mereka dulu. Macam mana proses pemerintahan negara boleh dilaksanakan sekiranya tanggapan parti politik ialah kerajaan dan tidak mempunyai perbezaan antara politik dan pemerintahan tidak dihapuskan?

1 comment:

  1. 叫马华的人收皮啦~~尤其是那个什么兰的女市议员,骄傲到让人受不了。

    麻坡人

    ReplyDelete