Wednesday, 17 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 17-06-2009
SOALAN NO: 103

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai penubuhan industri petrokimia dan maritim di Sungai Pulai:-

(a) mengapa EIA berkenaan boleh diluluskan sedangkan berlaku kesilapan-kesilapan yang dikemukakan oleh universiti dan NGO sebelum ini; dan

(b) adakah DEIA sudah dikemukakan. Jika ya, bila dan adakah langkah-langkah pemuliharaan dan kemudahan diwujubkan di tapak RAMSAR Sungai Pulai sejak 2003.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yanag Berhormat, cadangan projek pembangunan industri petrokimia dan maritim di kawasan di Sungai Pulai ini telah diluluskan Laporan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) pada 23 Julai 2007. Kajian EIA ini mengambilkira kajian ramalan impak dan cadangan langkah kawalan yang memenuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kajian EIA ini juga adalah kemprehensif dan telah mengenalpasti isu-isu kritikal secara terperinci.

Kelulusan Laporan EIA yang dikeluarkan kepada pemaju projek telah menetapkan syarat-syarat yang ketat dan lenagkah-langkah kawalan yang perlu dipatuhi oleh pemaju. Oleh yang demikian, pihak pemaju projek hendaklah memastikan bahawa isu-isu kritikal dalam cadangan projek sperti impak kepada tanah lembap RAMSAR Sungai Pulai yang bersempadan dengan tapak projek, hutan paya bakau, ekosistem Sungai Pulai dan kejadian banjir diambilkira sepenuhnya dalam perancangan dan pelaksanaan prokek itu.

(b) Berhubung dengan langkah-langkah pemuliharaan dan kemudahan yang diwujubkan di tapak RAMSAR Sungai Pulai, perkara ini adalah di bawah bidangkuasa Perbadanan Taman Negara Johor di bawah Kerajaan Negeri Johor. Pemaju projek juga telah memberi komitmen untuk memulihara kawasan sensitif di sekitar tapak cadangan projek.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment