Tuesday, 16 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 16-06-2009
SOALAN NO: 102

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menyatakan adakah Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. memberi sebarang bon (bond) untuk memastikan langkah-langkah pemulihan boleh dilaksanakan dengan betul sekiranya pencemaran berlaku di Bukit Koman. Jika ya, tunjukkan buktinya. Jika tidak, mengapa?

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) tidak dikehendaki menyumbang kepada Tabung Pemulihan yang dikenakan di bawah Enakmen Mineral Negeri kerana pajakan melombong telah dikeluarkan di bawah Enakmen Melombong Bab 147 iaitu, sebelum Enakmen Mineral Negeri berkuatkuasa di negeri Pahang. Walau bagaimanapun pemejak telah dikenakan syarat mengambus dan merata dan pemajak telahpun menjelaskan wang jaminan kambus dan rata ini kepada kerajaan Negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment