Tuesday, 30 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]

SOALAN

Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah bilangan nelayan yang berlesen dan tidakberlesen di kawasan aliran Sungai Pulai mengikut kaum. Berapakah pendapatan tahunan dari sektor perikanan di kawasan tersebut dari tahun 1998 hingga 2008.

: Oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

Tuan Yang Dipertua,

Pada tahun 2009, bilangan nelayan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia di aliran Sungai Pulai adalah seramai 125 orang manakala yang tidak berlesen pula adalah seramai 100 orang. Majoriti
yang mempunyai lesen adalah terdiri daripada kaum Melayu dan hanya 2 orang sahaja dari kaum Cina. Purata pendapatan mereka adalah sekitar RM600 hingga RM800 sebulan dan hanya segelintir sahaja yang berpendapatan RM 1,000 ke atas.

No comments:

Post a Comment