Monday, 15 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 15-06-2009
SOALAN NO: 100

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang sudah diambil selepas penduduk-penduduk perkampongan Bukit Koman jatuh sakit kerana menghidu wasap yang dikeluarkan oleh syarikat perlombongan emas sejak Mac 2009.
a) adakah dan bila siasatan dijalankan?
b) mengapa ‘Carbon in Leach’ digunakan dalam tapak kilang dimana jaraknya kurang dari 1km dari kawasan perdiaman?

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Jabatan Aalam Sekitar (JAS) Negeri Pahang merekodkan tiada kes yang dilaporkan kepada JAS mengenai penduduk kampong Bukit Koman yang jatuh sakit kerana menghidu asap yang diakatakan berpunca dari syarikat perlombongan emas yang beroperasi di Bukit Koman. Siasatan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS Cawangan Temerloh pada 24hb dan 27hb Februari 2009 di syarikat perlombongan tersebut mendapati tiada bau asap yang dikesan. Lawatan pemeriksaan susulan seterusnya yang telah dijalankan pada 4hb Mac dan 8hb April 2009 mendapati tiada bau yang tidak menyenangkan dikesan dari syarikat perlombongan tersebut. Pada 8hb April 2009, JAS Cawangan Temerloh telah mengambil persempelan air Sungai Koman di bahagian hulu dan hilir projek ini dan keputusan analisa kimia mendapati ianya adalah Piawai A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian), 1979 seperti yang ditetapkan.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laedah 'Carbon in Leach' yang dicadangkan oleh syarikat lombong emas telah dikaji dan diteliti oleh Jabatan Aalam Sekitar (JAS) semasa memproses Laporan EIA cadangan projek tersebut. Kajian ini membuat rujukan berdasarkan kepada pihak-pihak berkuasa luar negara yang lebih berpengalaman serta kaedah-kaedah pelupusan sisa-sisa lombong agar pelaksanaan syarikat lombong tersebut benar-benar dapat mematuhi kehendak peraturan dan perundangan JAS. Setelah pihak JAS mendapati bahawa teknologi 'Carbon in Leach' tidak menjejaskan alam sekitar, maka laporan EIA yang dikemukaakn diiluluskan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment