Monday, 15 June 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 15-06-2009
SOALAN NO: 112

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenali kegunaan cyanide di perlombongan emas di Bukit Koman:
a) mengapa EIA yang diluluskan 10 tahun dahulu digunakan sebagai dasar pelepasan LAM kepada syarikat perlombangan berkenaan?
b) adakah JAS enggan mengarahkan RAGM mengemukakan DEIA semasa penduduk-penduduk tempatan memohonkannya. Jika ya, mengapa? Jika tidak, apakah tindakan Kementerian selanjutnya

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Jabatan Aalam Sekitar (JAS) telah meluluskan Laporan Pernilaian Kesan Kepada Aalam Sekeliling (EIA) syarikat RAGM pada 13hb Januari 1997. JAS mendapati bahawa kebimbangan yang dikemukakan oleh penduduk Kg. Sungai Lui, Pahang terhadarp penggunaan bahan kimia sianida di Lombong Emas Bukit Koman ini telah diambil kira dalam Laporan EIA tersebut.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian EIA ini tidak malalui proses EIA Terperinci (DEIA) kerana pada ketika itu ia tidak disenariakan sebagai aktiviti yang memerlukan EIA Terperinci. Walaubagaimanapun, seperti dinyatakan di atas Laporan EIA telah diluluskan berdasarkan kepada langkah-langkah kawalan yang dicadangkan berupaya mencegah dan mengawal pencemaran serta mengambilkira ulasan yang dikemukakan oleh pihak awam. Kementerian ini sentiasa mengawasi keberkesanan langkah-langkah kawalan pencemaran yang dilaksanakan oleh syarikat lombong emas ini secara berjadual dan pada bila-bila masa supaya syarikat tersebut mematuhi semua syarat EIA yang telah dikenakan ke atasnya.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Why the Parliament live cast has stopped. When will it be start again ?

    ReplyDelete
  2. sorry about that. Person in-charge is having fever and being isolated. Broadcasting will be start tomorrow. Thanks for your support.

    ReplyDelete