Isu kekurangan biasiswa JPA akan timbul selepas pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun tanpa cara penyelesaian yang sesuai seakan-akan penyakit demam yang berleluasa di dunia setiap tahun. Walaupun terdapat pendebatan yang hangat dan mesyuarat di Parlimen dan Kabinet yang berterusan, tetapi kenapa isu ini masih tidak dapat ditangani dengan cara yang sesuai? Jika kita yang mempunyai sejarah pemerintahan selama 52 tahun masih dihantui isu pendidikan ini, apatah lagi dengan isu-isu yang lain yang lebih besar impaknya dan merumitkan?
Pada masa yang sama, Menteri MCA menunjuk tunjuk kehebatan diri melalui isu ini, membuat sebarang perjanjian di depan media atas dan akan mencuba sedaya upaya untuk membantu masyarakat Cina dalam isu ini. Tetapi adakah beliau benar-benar membuat demikian dalam mesyuarat Kabinet yang diadakah pada setiap hari Rabu? Orang ramai tidak dapat megetahui perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tetapi mereka mendapati bahawa polisi yang bersifat sementara telah dibuat setara dengan penamatan mesyuarat cabinet. Polisi ini hanya menyebabkan isu ini tidak dapat ditimbulkan dalam jangka masa yang pendek dan lebih penting mengelirukan orang ramai yang mengganggap isu ini telah ditangani dengan cara yang sesuai oleh pihak kerajaan. Namun begitu, isu ini masih akan berterusan dan mengulangi lagi sekiranya tidak terdapat polisi yang berterusan dan bersifat jangka masa yang panjang. Tanggapan yang salah telah diberikan kepada orang ramai kerana polisi yang bersifat sementara hanya “mendiamkan” isu tersebut sahaja dan bukannya benar-benar menyelesaikan isu tersebut.
Kita anggarkan bahawa setiap pelajar yang berjaya mendapat biasiswa JPA akan medapat RM 375,000 dan RM 75 juta akan digunakan untuk 2000 biasiswa JPA yang ditawarkan. Anggaran ini hanya menggunakan 0.1% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang bernilai sebanyak 695.7 bilion. Jika memberikan tawaran biasiswa kepada 7282 pelajar cemerlang yang memohon biasiswa tersebut, anggaran sebanyak 0.3% daripada KDNK akan digunakan dalam bidang ini. Wira India Gandhi pernah mengatakan bahawa tahap aspek moral dan pertumbuhan sesebuah negara boleh diketahui melalui sikap dan cara layanan yang digunakan terhadap haiwan oleh negara tesebut. Saya pula menggunakan pemikiran tersebut dalam isu ini. Tahap aspek moral dan pertumbuhan sesebuah negara boleh diketahui melalui sikap dan cara layanan yang digunakan terhadap bidang pendidikan oleh negara tesebut. Pemikiran ini adalah benar kerana kualiti rakyat yang akan menentukan pertumbuhan atau kemunduran sesebuah negara. Dalam hal ini, kualiti rakyat banyak dipengaruhi oleh aspek pendidikan. Apatah lagi isu ini melibatkan golongan pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang. Takkan masa depan mereka dikorbankan atas sikap ketidaktanggungjawaban kerajaan dalam isu ini.
Pelbagai isu tentang prosedur pemilihan dalam biasiswa JPA juga ditimbulkan. Isu ketidakterbukaan merupakan isu yang paling kritikal. Pemohon hanya akan mendapati keputusan sama ada berjaya atau gagal sahaja dan maklumat lain terutamanya sebab-sebab penentu tidak dinyatakan. Pengumuman tentang prosedur pemilihan dalam biasiswa JPA masih tidak dilaksanakan sejak penubuhannya dan proses permarkahan yang diumumkan hanya digunakan sebagai ilusi yang mengaburi fikiran orang ramai. Kenapa prosedur pemilihan tersebut tidak boleh diumumkan? Pemohon mempunyai hak untuk mengetahui semua maklumat yang berkaitan dan maklumat tersebut mungkin boleh membantu mereka terutamanya mereka yang ingin memmbuat aduan dalam masa yang singkat. Takkan perkara yang mudah ini pun tidak dapat dilakukan?
Semua pihak berharap isu ini dapat ditangani dengan cara yang berterusan dan berkesan. Jika pihak kerajaan masih tidak mengambil tindakan yang sepatutnya dan JPA tidak melakukan pengubahan dalam prosedur pemilihan biasiswa yang menyeluruh, isu ini masih akan timbul. Bukan sahaja pelajar yang cemerlang yang mendapat kesusahan, kita sebagai rakyat juga bertanggungjawab atas kesan yang disebabkan isu ini tidak dapat ditangani selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment