Wednesday, 4 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 04-03-2009
SOALAN NO: 52

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada SJK(C) dalam tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 dan apakah paiwaian yang digunakan untuk proses kelulusan, serta senaraikan struktur hierarki otorisasi dalam proses tersebut. Bagaimana memastikan jumlah peruntukan yang diluluskan sampai ke pihak pengurusan sekolah.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang sewajarnya kepada setiap permasalahan tanpa mengira jenis sekolah. Agenda utama kerajaan adalah untuk membangunkan pendidikan negara secara menyeluruh; merapatkan jurang pembangunan, prasarana dan pencapaian murid; memperbaiki sekolah daif, serta memberi akses dan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan belanja mengurus yang diberikan kepada SJKC dalam tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 secara keseluruhannya adalah sebanyak RM4.48 billion. Dalam menimbangkan kelulusan kepada setiap sekolah, keriteria yang menjadi keutamana adalah keselamatan kepada pelajar dan warga sekolah. Di samping itu, keselesaan kepada pelajar turut diberi wajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

KPM juga memberikan perhatian bagi memastikan peruntukan yang diluluskan sampai ke piahak pengurusan sekolah. Oleh yang demikian, agihan peruntukan di bawah Pakej Ransangan Memperkukuhkan Daya Tahan Ekonomi Negara 2009 disalurkan terus ke akaun Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment