Saturday, 21 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN : 376

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah minor offenders termasuk samun dan pecah masuk rumah yang dihukum pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008. Senaraikan secara terperinci dengan tempoh penjara, umur, kaum kepada pelanggar-pelanggar tersebut. Antara pelanggar-pelanggar tersebut di atas, memperincikan berapa jumlah ex-offenders yang terlibat serta kes-kes yang terlibat pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara purata, bagi tahun 2005, sebanyak 3,086 kes melibatkan pesalah bawah umur diikuti sebanyak 4,291 kes pada tahun 2006, 4,415 kes pada tahun 2007 dan 5,115 kes bagi pada tahun 2008. Bagi jenayah samun, sebanyak 166 kes dilaporkan pada tahun 2005, 218 kes pada tahun 2006, 312 kes pada tahun 2007 dan 494 kes bagi tahun 2008. Manakala, bagi kes pecah rumah, penglibatan pesalah juvana dalam jenayah tersebut adalah sebanyak 669 kes dilaporkan pada tahun 2005, 517 kes pada tahun 2006, 617 kes pada tahun 2007 dan 630 kes bagi tahun 2008. Berdasarkan kepada rekod, terdapat 4 kategori umur bagi penjenayah juvana iaitu dari umur 7 hingga 10 tahun, 11 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun dan 16 hingga 18 tahun. Jumlah penglibatan terbesar adalah terdiri penjenayah juvana dalam lingkungan umur 16 hingga 18 tahun. Dari segi bangsa, bangsa Melayu didapati mempunyai jumlah penglibatan tertinggi iaitu sebanyak 21,934 kes bagi tempoh 2005 hingga 2008. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding bangsa lain dalam ke empat-empat tahun tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak polis tidak mempunyai rekod berhubung kesalahan yang dilakukan oleh ex-offenders.

No comments:

Post a Comment