Thursday, 19 March 2009

Pertanyaan di jawab di Dewan Rakyat tentang pernipuan telefon


edisi teks:
8. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes penipuan melalui telefon bimbit/talian tetap telah dilaporkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah kes penipuan ini telah diselesaikan dalam tempoh tersebut. Adakah kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Jika ya, jelaskan langkah-langkah yang telah diambil. Jika tidak, mengapa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bakri yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2006 sebanyak 318 kes penipuan melibatkan sistem pesanan ringkas (SMS) scam dilaporkan kepada pihak polis, jumlah kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak RM548,725. Bagi tahun 2007 pula, sebanyak 965 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2,155,000.

Manakala bagi tahun 2008 sebanyak 728 kes berhubung penipuan melalui SMS dilaporkan kepada pihak polis, jumlah kerugian adalah dianggarkan sebanyak RM1,842,442. Semenjak tahun 2006 hingga tahun 2008 pihak polis telah pun berjaya menumpaskan sindiket yang bergiat aktif dalam scam penipuan SMS Akademi Fantasi, SMS Maxis, Celcom, Digi, Petronas, Shell, Astro, ODCKD, KDL4, Power Root dan Gangstarz.

Seramai 55 orang iaitu melibatkan 43 orang lelaki dan 12 orang perempuan telah pun ditangkap atas kesalahan ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengekang penularan scam penipuan SMS, pihak polis telah pun mengambil langkah-langkah untuk mengadakan kerjasama dengan pihak syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Maxis, Digi dan Celcom. Pelanggan-pelanggan mereka diingatkan atau dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan SMS-SMS peraduan yang hanya diada-adakan oleh sindiket tertentu. Peringatan ini dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka melalui SMS ke telefon bimbit mereka. Selain itu, melalui kerjasama yang dijalinkan dengan pihak bank, notis-notis amaran scam penipuan SMS telah pun ditampal di mesin-mesin ATM, supaya boleh dilihat oleh pelanggan-pelanggan bank yang menggunakan mesin ATM.

Ini boleh mengingatkan pelanggan agar tidak terpedaya dengan penipuan scam SMS ini. Hebahan turut dibuat melalui media cetak dan elektronik supaya masyarakat mempunyai pengetahuan tentang scam penipuan SMS dan diharap mereka tidak mudah terpedaya ataupun mengalami kerugian. Kerjasama turut dijalinkan di antara Polis Diraja Malaysia dan pihak Polis Diraja Indonesia, memandangkan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan.Kebanyakan SMS yang diterima oleh mangsa-mangsa dihantar dari negara berkenaan. Sekian
terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri menjawab soalan saya. Sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, saya ingin menceritakan sikit tentang mangsa-mangsa yang saya temui sebelum ini. Salah satu dari mereka mengadu kepada saya, mereka kehilangan sejumlah RM15,000 kerana penipu telefon, selepas beliau sedar ini adalah satu penipuan.

Beliau membuat laporan polis, polis memberitahu beliau kes ini adalah biasa sahaja berlaku dan mereka tidak mampu mengambil tindakan terhadap penipu-penipu ini. Ini kerana nombor telefon yang mereka gunakan, biasanya dari luar negara ataupun nombor palsu. Soalan tambahan saya ialah berapa kes yang sudah diterima dan disiasat oleh Interpol Malaysia? Senaraikan negara-negara yang terlibat kes-kes yang sudah diselesaikan, pecahan angka-angka ini mengikut tahun, umur, jantina secara teliti.

Kalau Menteri ada kesusahan melukiskan carta ini, saya akan berikan satu kertas kosong dan Menteri boleh isikan saja. [Ketawa] Saya harap Menteri boleh menyediakan angka-angka ini secara jujur dan tanggungjawab, sekian terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Isikan tempat kosong. [Ketawa]

Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Bakri dalam jawapan asal saya ini, saya sudah beritahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa dalam tiga tahun kebelakangan ini, terdapat 55 orang telah pun ditangkap, disoal siasat mengenai scam penipuan SMS ini. tadi Yang Berhormat minta juga pecahan di antara 55 orang ini, 43 orang lelaki dan 12 orang perempuan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada lazimnya modus operandi sindiket ini adalah diadakan seperti berikut. Pertama, sindiket berpangkalan di negara jiran, kebayakan dari Indonesialah malangnya. Mereka ini mempunyai runner di negara kita, dan runner ini telah pun mencari siap-siap, orang-orang yang tidak sedar dan mempunyai akaun iaitu pemegangpemegang akaun bank.

Mereka itu memberitahu pemegang akaun bank bahawa satu transaksi akan berlaku seumpama ini dan setiap transaksi mereka akan dapat fees sebanyak RM100. Semua orang ramai yang merupakan pemegang akaun di Malaysia ini, kadang-kadang dia terpedaya juga hendak untung RM100 setiap kali. Selepas itu, nombor-nombor telefon mangsa diberikan kepada sindiket di negara berkenaan di negara jiran. Mereka akan membuat panggilan terus kepada mangsa-mangsa supaya memberitahu mangsa-mangsa bahawa mereka ini telah pun mendapat hadiah. Kemungkinan satu pertandingan Celcom kah apa kah dan oleh sebab masalah kita, rakyat kita, ada peratusan kecil ini begitu tamak sekali, bila dengar RM15 ribu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Mereka pun rasa seronoklah sebab boleh dapat RM15 ribu, tidak pasal-pasal boleh untung RM15 ribu. Mereka pun diberikan satu nombor telefon di Malaysia ini, “kalau tak percaya, encik boleh telefon ke syarikat kita”. Bila mangsa telefon pergi, confirm dapat. So oleh yang demikian, kawan kita ini mangsa pun depositkan sebanyak RM15 ribu dalam akaun itu.

■ 1120

Selepas deposit duit itu ke dalam akaun berkenaan, runner sini akan mengeluarkan dan bayar RM100 kepada pemegang akaun. Bila pihak polis bertindak, maka dia dapati pemegang akaun itu sendiri tidak sedar bahawa dia telah tertipu untuk menggunakan akaunnya, memfasilitet skim ini. Ini masalah. Walaupun begitu ramai telah disoal siasat, ditangkap dan terdapat dua, tiga orang telah pun diambil tindakan di bawah LLPK, Langkah-langkah Pencegahan Khas, ada juga didakwa di mahkamah, ditangkap dan dihukum.

Akan tetapi kebanyakan ini adalah pemegang akaun, Tuan Yang di-Pertua. Mereka ini juga mangsa. Itu masalah. Akan tetapi kita haraplah melalui langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak polis dengan telco-telco, rakyat kita lebih sedar sebab jangan terlalu tamak hendak cepat kaya. Itu masalah kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, dalam satu masyarakat yang maju dan kaya raya di mana rakyat duduk senang hati, cukup makan dan selesa, barulah ada masalah seperti itu. Ini maksud Kerajaan Barisan Nasional pun steadylah.

[Dewan riuh] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak adalah borang untuk isi tempat kosong. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kegiatan ini berleluasa di dalam negara kita. Sindiket tidak semestinya di luar negara tetapi juga dalam negeri kita. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menyediakan satu talian khas yang boleh kita forward ataupun kita ajukan. Sebagai contoh, nombor telefon yang saya terima, saya pun kerap juga terima tetapi saya tidak terpedayalah. Saya terima SMS ataupun panggilan tersebut kemudian saya boleh forward terus kepada Jabatan Polis untuk mereka mengambil tindakan sebelum transaksi itu berlaku.

Adakah kementerian bercadang ke arah itu supaya akan datang, mereka yang tidak bertanggungjawab ini sekurang-kurangnya tidak berani untuk menipu daya rakyat dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, pihak polis pun menghadapi banyak masalah. Salah satu masalah memang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu bila pihak polis dengan serta-merta membuat siasatan tentang nombor telefon yang diberikan oleh mangsa-mangsa, 99% didapati bahawa nombor telefon yang diberikan mempunyai nama tuan punya tetapi segala maklumat selepas itu seperti alamat semua adalah palsu. Kalau Yang Berhormat tanya sebab apa boleh jadi seperti itu. Tidak akan telco-telco kita sebelum mereka ini mengeluarkan dan menjualkan kad-kad telefon ini, harus mendaftarkan nama-nama, kad pengenalan kah atau mereka orang asing. Ini saya tidak tahu jawab.

Namun dari maklum balas yang saya dapat pihak polis, 99% nombor-nombor yang didapati itu yang diberikan oleh mangsa mempunyai maklumat yang palsu. So, bila kita menemui masalah seperti itu, kita tidak dapat siasat lebih lanjut lagi. Sekian terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

2 comments:

  1. 你好余德华国会议员,我看了你在国会的发言,觉得你真的是太紧张了,放松点,当作在聊天这样就好了,加油哦!你做得很好,再接再厉哦!

    ReplyDelete
  2. 谢谢您的鼓励,虽然在发言前的一晚已经连续练习了好几个小时,可是站起来的时候还是有点紧张,再加上发问的时间被限制,本来口齿就不伶俐,所以就显得很不顺利。

    我会在加油的,谢谢您的关心!我会在六月份再安排现场直播,希望您到时能够观看。

    ReplyDelete