Thursday, 19 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 16-02-2009 ~ 19-03-2009
SOALAN NO: 374

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kerajaan merancang memajukan tapak persinggahan burung di Pantai Leka, Parit Jawa Muar sebagai habitat pemeliharaan alam semula jadi untuk menarik pelancong. Jika ada, bilakah projek tersebut akan dilaksanakan dan jumlah peruntukan yang diberi dan ke pihak mana. Jelaskan kempen promosi yang akan dilaksanakan.

JAWAPAN:

Kementerian Pelancongan tidak mempunyai apa-apa cadangan pembangunan pada masa ini bagi membangunkan kawasan Pantai Leka, Parit Jawa, Muar. Kementerian berpendapat pembangunan sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan pelancongan atau pun lain-lain tujuan pembangunan di sebuah negeri, hendaklah diterajui atau dibuat oleh kerajaan negeri yang berkenaan terlebih dahulu.

Bagi kawasan Pantai Leka, Parit Jawa, Muar ini, sekiranya kawasan berkenaan berpotensi bagi tujuan pelancongan dan terdapat permohonan daripada Kerajaan Negeri Johor bagi membantu membangunkan kawasan tersebut, kementerian bersedia menimbang permohonan bagi pernyediaan kemudahan infrastruktur perlancongan yang diperlukan termasuklah bagi mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di kawasan berkenaan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment