Wednesday, 11 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 11-03-2009
SOALAN NO: 64

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah kerajaan membukakan kandungan khusus Biro Tatanegara untuk pengetahuan umum. Jika tidak, mengapa. Jelaskan tujuan untuk mengadakan krusus kenegaraan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara untuk pegawai sektor awam dan mahasiswa tajaan JPA.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Kandungan krusus Biro Tatanegra sememangnya terbuka untuk pengetahunan umum.

Tujuan Mengadakan Krusu Kenegaraan untuk Pegawai Sektor Awam:

Biro Tatanegara telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melaksanakan Krusus Kenegaraan untuk Pegawai Sektor Awam. Kursus kenegaraan bertujuan untuk meningkatkan ketahanan diri dari segi mental dan fizikal bagi melahirkan pegawai awam yang patriotik, berdisiplin dan berkeperibadian mulia.

Objektif Krusus Kenegaraan adalah seperti berikut:
(i) Meningkatakan patriotisme pegawai Perkhidmatan Awam kepada Negara dan Kerajaan latihan mental dan fiziakal;

(ii) Memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan pegawai Perkhidmatan Awam; dan

(iii) Memenuhi sebahagian daripada syarat lulus TK 1 di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Bagi Mahasiswa Tajaan JPA:

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah diberi mandat oleh Jawatankuasa khas Pelajar-pelajar Malaysia Luar Negara untuk melaksanakan Kursus Kenegaraan kepada pwgawai-pegawai kerajaan dan agensi di bawah kerajaan serta orang perseorangan yang menerima penajaan berbentuk biasiswa, hadiah cuti belajar dan/atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjaan (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D) sub-kepakaran dan program profesional di luar negara.
Krusus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar=pelajar tentang dasar-dasar kerajaan, menanamkan semangat patriotik serta memberi penjelasan berkenaan dengan isu-isu semasa negara.

Melalui krusus yang dianjurkan ini juga, didapati kegiatan-kegiatan yang boleh memesongkan akidah pelajar-pelajar di luar negara dapat dibendung dan dikurangkan. Malah, pelaksanaan krusus tersebut juga telah berjaya meningkatkan motivasi diri para pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, ke arah kecermelangan dan dapat memupuk dan menambahkan lagi semangat cintakan negara serta jati diri yang kukuk di dalam diri mereka yang merupakan 'duta-duta kecil' Malaysia di luar negara.

Sijil akan diberikan kepada mereka yang menghadiri krusus ini setelah disahkan keputusan oleh Jawatankuasa Khas Pelajar Malaysia ke Luar Negara. Namun, sijil tersebut mempunyai tempoh sah dua (2) tahun bermula tarikh menigikut krusus tetapi tiada had masa untuk pengesahan jawatan dan anjakan gaji bagi mereka yang masih berada di pringkat PTK 1.

No comments:

Post a Comment