Thursday, 12 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 12-03-2009
SOALAN NO: 22

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan Malaysia sungguhpun bapa adalah rakyat Malaysia tetapi ibu adalah warga asing pada tahun 2005,2006,2007,2008. Senaraikan secara terperinci dengan kaum-kaum yang terlibat pada tahun tersebut. jelaskan proses kelulusan untuk memberikan kualifikasi kepada kanak-kanak berkenaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk maklumat Ahli Yang berhormat, jumlah kanak-kanak bertaraf Bukan Warganegara di mana bapanya adalah bertaraf warganegara Malaysia dan ibu warganegara asing bagi tahun 2005 hungga 2008 adalah seramai 8,894 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,716 orang adalah berketurunan Melayu; 1,696 orang berketurunan Cina; 308 orang berketurunnan India dan 5,129 orang berketurunan lain-lain.

Tuan Yang Dipertua,

Bagi membolahkan kanak-kanak ini mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia, ibubapa atau penjaga kanak-kanak tersebut hendaklah mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara.

Permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang mana bapanya bertaraf warganegara Malaysia manakala ibu warganegara asing akan diketegorikan sama ada sebagai permohonan kewarganegaraan dalam keadaan khas di bawah Perkara 15A atau permohonan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Ketegori permohonan ini akan ditentukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ketika permohonan dikemukakan di Jabatan Berkenaan.

No comments:

Post a Comment