Saturday, 21 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN : 372

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah premium motosikal yang dikumpulkan oleh perusahaan insurans pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008. Senaraikan komposisi yang sudah diberi pada tempoh tersebut. Jelaskan komposisi yang sudah diberi pada tempoh tersebut. Jelaskan alasan-alasan untuk meningkatkan premium insurans motosikal.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua jenis perlindungan insurans motor iaitu Komprehensif dan Pihak Ketiga. Jumlah premium motosikal yang dikumpulkan oleh perusahaan insurans bagi kedua-dua perlindungan tersebut adalah seperti berikut:






























Jenis



Jumlah
Premium Insurans Motosikal (RM
juta)



Perlindungan



2005



2006



2007



Komprehensif



184.1



200.2



234.8



Pihak Ketiga



96.6



94.0



103



JUMLAH



280.7



294.2



337.8



Jumlah premium motosikal untuk tahun 2008 masih di dalam proses pengumpulan data oleh Bank Negara Malaysia.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, perlindungan insurans Pihak Ketiga membayar pampasan hanya bagi tuntutan kerosakan harta benda, kecederaan ataupun kematian pihak ketiga yang terlibat dalam sesuatu kecelakaan yang membabitkan pemilik polisi. Bagi polisi perlindungan Komprehensif pula, perlindungan adalah sama seperti perlindungan Pihak Ketiga dengan tambahan perlindungan terhadap kerosakan pada kenderaan sendiri termasuk kecurian kenderaan. Disebabkan skop perlindungan Komprehensif adalah lebih luas, premiumnya juga lebih tinggi daripada premium Pihak Ketiga.

3. Kadar premium insurans motor di Malaysia tertakluk kepada Tarif Motor yang diperkenalkan pada tahun 1978 dan tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu walaupun kadar tuntutan telah meningkat dengan ketara. Tuntutan yang tinggi ini berpunca daripada peningkatan dalam kes kemalangan dan kecurian, kos perunbatan dan juga jumlah pampasan yang diputuskan oleh Mahkamah bagi kes-kes yang dibicarakan.

4. Pada tahun 1996, Bank Negara Malaysia telah memberikan fleksibiliti kepada penanggung insurans untuk mengenakan premium tambahan (premium loading) tertakluk kepada hak maksimum yang telah ditetapkan bagi membolehkan penanggung insurans mengenakan kadar premium yang lebih mencerminkan profil risiko yang di underwrite. Ini membolehkan pengenaan kadar premium yang berbeza dan tidak lagi kadar premium yang sama atau standard terhadap kesemua empunya polisi yang mempunyai profil risiko yang berlainan. Antara faktor yang dibenarkan bagi pengenaan premium tambahan termasuk:

i. Usia kenderaan;

ii. Usia atau pengalaman memandu pemilik kenderaan; dan

iii. jika empunya polisi terlibat dalam lebih daripada dua kemalangan dalam dua tahun yang lepas.

5. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar Tarif Motor telah tidak dikemaskinikan selam 30 tahun. Oleh itu, kadar insurans motor pada masa sekarang adalah terlalu rendah dan perlu dikaji semula untuk kesesuaian keadaan semasa. Sebagai contoh, premium maksimum perlindungan pihak ketiga bagi motosikal Modenas 110 cc berusia 10 tahun adalah sebanyak RM93 dan angka ini tetap tidak berubah walaupun nisbah tuntutan telah melonjak naik. Untuk memberikan gambaran yang lebih tepat, nisbah tuntutan keseluruhan sektor motor telah meningkat daripada 66.9% pada tahun 2005 kepada 85.8% pada tahun 2008. Bagi tuntutan daripada pihak ketiga sahaja untuk kerugian harta benda, kecederaan atau kematian, nisbah yang dicatat telah meningkat daripada 166.3% pada tahun 2005 kepada 254.7% pada tahun 2008. Ini bermaknabagi setiap ringgit premium yang diperoleh, RM2.55 dibayar sebagai tuntutan, tidak termasuk kos lain seperti pengurusan dan perolehan.

No comments:

Post a Comment