Saturday, 21 March 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH MENERIMA : 19-03-09

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi banjir lumpur kilat di kampung Poh Chee Leng, Skudai yang diakibatkan oleh pembinaan Kompleks Briged ke-7 Tentera darat Malaysia. Jelaskan pihak manakah yang bertanggungjawab ke atas projek ini dan tindakan-tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk langkah jangka pendek, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah telah menjalankan kerja-kerja pembesaran longkang dari kampung Poh Chee Leng ke Sungai Skudai untuk mengatasi banjir lumpur kilat.

Kementerian pertahanan adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas pembinaan Kompleks Briged Ke-7 Tentera Darat Malaysia. Pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk mengenalpasti punca masalah banjir yang berlaku di Kampong Poh Chee Leng.

No comments:

Post a Comment