Tuesday, 30 March 2010

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : TUAN ER TECK HWA ( BAKRI )
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.03.2010
SOALAN : NO 14

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab kenderaan komersial dan persendirian yang usianya lebih 20 tahun susah mendapatkan premium insurans pihak ke-3 (3rd Party). Ada antaranya terpaksa membeli premium insurans pihak pertama ataupun ditambah dengan premium persendirian (P.A).

DARIPADA : TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ( REMBAU )
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.03.2010
SOALAN : NO 25

Tuan Khairy Jamaluddin ( Rembau ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan dengan cadangan bagi memperkenalkan skim insurans motor pihak ketiga yang mempunyai had tanggungan nilai tertentu, seperti di Thailand untuk segmen pengguna kenderaan lama.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Bakri bersama-sama soalan dari Yang Berhormat Rembau kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat, banyak syarikat penanggung insurans secara individunya tidak mampu menawarkan perlindungan insurans motor, terutamanya polisi insurans motor pihak ketiga. Ini adalah berdasarkan pengalaman tuntutan yang tidak memuaskan akibat peningkatan kemalangan jalanraya dan kos perniagaan yang semakin meningkat berbanding kadar premium yang masih berdasarkan Tarif Motor yang tidak pernah berubah semenjak tahun 1978. Sebagai contohnya, pada tahun 2008, bagi setiap ringgit premium yang diterima oleh penanggung insurans, sebanyak RM2.70 telah dibayar sebagai tuntutan.

2. Walau bagaimanapun, disebalik kepincangan harga ini yang memudaratkan kedudukan kewangan penanggung-penanggung insurans am, Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans tambahan sebagai syarat untuk memperoleh perlindungan insurans motor. Pemilik kenderaan yang tidak dapat memperoleh perlindungan insurans yang diingini daripada mana-mana penanggung insurans dinasihatkan supaya mendapatkan perlindungan polisi insurans motor Pihak Ketiga daripada Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), iaitu suatu pakatan yang ahlinya terdiri daripada penanggung insurans am berlesen.

3. MMIP merupakan penanggung insurans terakhir dan wajib menawarkan perlindungan insurans motor kepada pemilik kenderaan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan dari pasaran. Perlindungan insurans motor yang dikeluarkan oleh MMIP boleh didapati dari mana-mana cawangan atau agen-agen MMIP iaitu Multi-Purpose Insurans Berhad, Uni.Asia General Insurance Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

No comments:

Post a Comment