Monday, 29 March 2010

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

SOALAN ( 68 )

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 29 MAC 2010 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)

SOALAN :-

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan muatan dan tarikh sebenar penutupan tapak pelupusan sampah dan langkah-langkah pengurusan susulan di Bukit Bakri, Muar. Apakah perancangan pemulihan dan pembangunan tapak tersebut di masa kelak.

JAWAPAN :-

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Bakri, Muar adalah sebuah tapak bukan sanitari yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan untuk menangani pencemaran alam sekitar dan melindungi kesihatan awam. Pada ketika ini, tapak tersebut menerima sisa pepejal sebanyak 300 tan sehari. Tapak ini telah hampir penuh kapasitinya dan usaha untuk membina tapak sanitari yang baru di Pagoh, Muar bagi menggantikan tapak di Bukit Bakri ini sedang dijalankan.

Sementara menunggu tapak baru tersebut siap dibina, tapak pelupusan di Bukit Bakri sedang dinaiktaraf bagi menampung sisa pepejal selama tiga tahun lagi. Usaha menaik taraf ini adalah usaha sementara bagi menangani pencemaran alam sekitar dan melindungi kesihatan awam. Sebaik sahaja tapak alternatif di Pagoh beroperasi dalam tempoh 3 tahun lagi, tapak di Bukit Bakri ini akan ditutup selamat lengkap dengan lapisan HDPE (high density polyethylene) dan loji rawatan yang akan melindungi sumber air dan kawasan sekitar daripada tercemar oleh air larut resap disamping kelengkapan menangani pelepasan gas metana. Tapak ini akan diwartakan sebagai tapak pelupusan sisa pepejal dan dimasa hadapan akan hanya digunakan sebagai kawasan lapang atau rekreasi. Pembangunan lain tidak akan dibenarkan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3 comments:

  1. good~ keep sharing with us, please....I will waiting your up date everyday!! Have a nice day........................................

    ReplyDelete
  2. 你当议员,真是我们巴口人的福气。

    ReplyDelete
  3. 我们就衰在有一个烂村长。

    ReplyDelete