Thursday, 25 March 2010

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN (PR-1231-L35745)
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 25 MAC 2010 (KHAMIS)
NO. SOALAN : 20

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan projek pemuliharaan benih ikan yang dilancarkan di sepanjang pesisir pantai Kesang hingga Sungai Balang. Adakah nelayan tempatan akan diberi keutamaan sebagai kumpulan sasar untuk menceburi dalam projek tersebut.

Jawapan

Buat masa ini belum ada sebarang program pemuliharaan benih ikan yang spesifik untuk sepanjang pesisir pantai Kesang sehingga Sungai Balang. Walau bagaimanapun, LKIM telah mewujudkan satu program untuk memperkayakan sumber perikanan iaitu pembinaan unjam menerusi program Ladang lkan Di Laut (LIDL) di kawasan Sungai Balang dan Sungai Kesang. Program ini memberi keutamaan kepada nelayan tempatan bagi memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.

Objektif pembinaan Ladang lkan Di Laut ini adalah bertujuan untuk :-

a) Menambah, memperkayakan dan memperbanyakkan sumber biomas terutamanya bagi mengekalkan rantaian pemakanan sesuatu kawasan secara smulajadi.

b) Mempertingkatkan sumber - sumber ikan komersial di perairan pantai agar nelayan-nelayan tradisi dapat menangkap ikan secara berterusan dan sepanjang musim; dan

c) Mewujudkan pertambahan "fishing ground" kawasan pembiakan ikan yang telah dimusnahkan oleh aktiviti penangkapan ikan melalui pukat tunda.Malahan unjam berfungsi mengawal pencerobohan pukat tunda di kawasan pembiakan ikan di dalam Zon A di pesisiran pantai.

Pembinaan unjam ini dari sudut pembangunan telah memberi faedah dan manfaat kepada nelayan-nelayan pantai khususnya dan juga nelayan yang beroperasi di Zon B. Dengan pembinaan unjam, kawasan perairan pantai akan menjadi satu kawasan habitat yang boleh menarik kehidupan laut ke kawasan itu.

Selain itu, Jabatan Perikanan Malaysia juga ada melaksanakan program Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) di beberapa kawasan bagi membantu meningkatkan pendapatan para nelayan tempatan di sepanjang pesisir pantai Kesang sehingga Sungai Balang. seperti:

i. KPSP Kesang (Pro1ek Jualan lkan Segar),
ii. KPSP Sg. Balang (Projek Pengeluaran Air Batu) dan
iii. KPSP Parit Jawa (Prolek Ternakan Kupang).

No comments:

Post a Comment