Friday, 30 October 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009 (KHAMIS)
SOALAN : 33

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab tiada maklum balas daripada PPNJ mengenai permohonan peruntukan khas Y.A.B Perdana Menteri untuk kawasan Padimen Bakri yang dikemukakan sejak Julai 2009. Adakah sistem/mekanisme pertimbangan dalam menyelenggarakan permohonan tersebut tidak boleh dikemukakan kepada Ahli Parlimen. Jika tidak, mengapa Setiausaha PPNJ memaklumkan sedemikian. Jika ya, mengapa.

JAWAPAN
Y.B. TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

Tuan Yang Di Pertua,

Semua permohonan projek kecil di bawah peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen Bakri yang dikemukakan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Johor (PPNJ) akan diteliti dan dinilai untuk dilaksana.

Pegawai Kemajuan Negeri akan menimbang sama ada permohonan projek di bawah peruntukan ini yang dikemukakan oleh Y.B. Ahli Parlimen atau pihak-pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk faedah rakyat dan jika didapati sesuai akan diluluskan dan dilaksana.

Penelitian rapi terpaksa dibuat bagi memastikan projek / program yang dipohon adalah benar-benar diperlukan dan memberi faedah kepada rakyat secara langsung. Walaubagaimanapun, terdapat projek / program yang tidak dibenarkan, antaranya projek / program yang telah dilaksana, projek / program khusus untuk individu / kumpulan kecil tertentu, projek / program untuk pertubuhan politik dan projek / program yang dilaksana di luar kawasan Parlimen berkenaan.

Sementara itu, projek yang diluluskan akan dilaksana dengan segera berdasarkan peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharan dan projek yang tidak dilaksana dianggap tidak lulus.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment