Friday, 30 October 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 28 OKTOBER 2009 (RABU)
SOALAN : 28

SOALAN

YB Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan amaun peruntukan kebajikan khas untuk Ahli Parlimen Bakri dari tahun 2000-2009:

a) senaraikan pecahan kecil termasuk tujuan, tarikh permohonan dan kelulusan serta pihak menerima manfaat yang terlibat: dan

(b) jelaskan syarat-syarat dan prosedur untuk permohonan tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

(a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat flKM) telah memperkenalkan Skim Bantuan Segera Persekutuan bagi Kawasan Parlimen (BSKP) mulai tahun 2004. Untuk makluman Yang Berhormat, amaun peruntukan BSKP bagi Kawasan Parlimen Bakri dari tahun 2004 hingga2009 adalah sebanyak RM300,000.00.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan Skim BSKP ini adalah bagi membantu kumpulan sasar yang memerlukan bantuan segera bagi kes-kes seperti berikut :

(a) Pesakit kronik (seperti barah, buah pinggang, jantung dan lain-lain penyakit);
(ii) Mangsa bencana/kemalangan;
(iii) Kematian;
(iv) Terdampar;
(v) Membaiki rumah akibat bencana alam; dan
(vi) Golongan keluarga miskin

Golongan yang menerima manfaat dari skim bantuan tersebut bagi kawasan Parlimen Bakri dari tahun 2004 hingga 2009 adalah berjumlah 102 kes iaitu 54 kes penerima bantuan dari pesakit kronik (seperti barah,buah pinggang,jantung dan lain-lain penyakit), 1, kes penerima bantuan bagi kes kematian, 10 kes mangsa bencana, 10 kes terdampar,2 kes untuk membaiki rumah akibat bencana alam dan 25 kes untuk golongan keluarga miskin.

(b) Syarat-syarat dan prosedur untuk permohonan Skim BSKP adalah seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan;
iii) Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan; dan
iv) Keperluan berbentuk segera dan mendesak.

No comments:

Post a Comment