Tuesday, 20 October 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 20-10-2009
SOALAN NO: 35

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERTAHANAN Menyatakan:

(a) kenapa VAMTAC dipilih sebagai pengganti G-WAGON, bukan AV4 buatan Malaysia; dan

(b) senarai perbezaan antara VAMTAC dan AV4 dari segi harga perolehan, kos penyelenggaraan dan prestasi keupayaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Perolehan kenderaan High Mobility Tactical Vehicle (HMTC) 4x4 VAMTAC bukannya sebagai pengganti kepada kenderaan G-WAGON yang ada dalam perkhidmatan tetapi ianya sebagai memenuhui pengisian perjawatan Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Batlion Infantri Standard (BIS). Kenderaan VAMTAC dipilih keran kendreaan ini telah diuji nilai oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) pada tahun 2007 dan mendapati ianya memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk digunakan sebagai KPS.

Tuan Yang Dipertua,

Kenderaan AV4 4x4 yang direkabentuk dan dibangunkan oleh Syarikat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) adalah kenderaan versi armor plated. Kenderaan ini tidak menepati fungsi sebagai kenderaan BIS untuk weapon platform.

No comments:

Post a Comment