Wednesday, 21 October 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 21-10-2009
SOALAN NO: 24

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERTAHANAN Menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang diambil oleh Menteri sejak Mac 2009 untuk mencegah banjir kilat di Kampong Poh Chee Leng, Skudai yang berpunca dari Kompleks Briged ke-7 TDM. Apakah kesimpulan selepas Kementerian berbincang dengan MPJB; dan

(b) adakah Slit Trap dirancang di tapak kejadian. Jika tidak, mengapa?

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Projek pembinaan Kompleks Briged ke-7, Tentera Darat Malaysia, Kem Skudai adalah di antara penswastaan Kementerian Pertahanan. Syarikat KCSB Konsortium Sdn. Bhd. telah dilantik melaksanakan projek ini.

Jarak di antara Kompleks Bridged ke-7, tentera Darat Malaysia, Kem Skudai dengan Kampung Poh Chee Leng, Skudai adalah 5 km. Kejadian banjir lumpur kilat di Kampung Poh Chee Leng, Skudai bukan disebabkan oleh air yang mangalir keluar dari kawasan tapak pembinaan projek berkenaan. Kejadian banjir di kampung tersebut sering terjadi terutaam apabila musim hujan lebat kerana kawasan berkenaan adalah kawasan rendah, bahkan banjir kilat ini telah berlaku sebelum projek kem ini bermula lagi.

Tuan Yang Di Pertua,

Semasa projek pembinaan Kompleks Bridged ke-7, Tentera Darat malaysia, Kem Skudai sedang berjalan, sllt trap sememangnya ada di tapak projek tersebut.

No comments:

Post a Comment