HARI BERSEJARAH,AHAD 4 OKTOBER 2009, Pekan Parit Bakar Muar dibanjiri tetamu yang menyambut Hari Raya bersama-sama Dewan Muslimat PAS Johor dan Wanita DAP dan PKR.Untuk julung-julung kalinya Muslimat/Wanita Pakatan Rakyat mengadakan program bersama menyambut Hari Raya 1430H.
Jamuan ini diadakan dalam DUN Maharani sebagai menghargai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat sehingga PAS dapat menawan DUN Mahaarani dalam PRU 12 yang lalu.Kehadiran lebih 2000 orang pengunjung sebahagian besarnya dari kalangan wanita adalah di luar jangkaan kami.Jamuan bermula dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu khas Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat), YB Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat/Ahli Parlimen Ampang), YB Teo Nie Cheng (Ahli Parlimen Serdang), YBhg Dato' Pesuruhjaya PAS Johor Dato' Mahfuz Mohamad,YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) juga YB Dr Mohammad Taslim dan Hjh Atiah Ahmad (Ketua Dewan Muslimat Johor) selaku tuan rumah.
Dewan Muslimat PAS Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada majlis ini hingga mendapat kejayaan.Kepada petugas di dapor yang bergotong royong sejak hari Sabtu lagi dengan diketuai oleh Sdr A.Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) terima kasih yang tidak terhingga.Kepada seluruh ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Johor,Dewan Muslimat dan Pemuda Kawasan Muar,DUN Maharani,unit amal,ahli Kompang Parit Amal,petugas-petugas PAS,DAP dan Keadilan terima kasih sekali lagi.
sumber : PAS Negeri Johor
No comments:
Post a Comment