Tuesday, 20 October 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 20-10-2009
SOALAN NO: 36

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERTAHANAN Menyatakan status operasi kenderaan PINZGAUER, DURO dan G-WAGON TDM serta dasar perolehan kenderaan sokongan TDM:

(a) senaraikan bilangan, kos perolehan, penyelenggaraan dan fungsi yang dipikul oleh kenderaan model berkenaan yang masih beroperasi; dan

(b) apakah dasar dan polisi perolehan kenderaan sokongan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Semua kenderaan jenis PINZGAUER, DURO dan G-WAGON masih beroperasi di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Bilangan, kos perolehan dan fungsi yang dipikul oleh kenderaan berkenaan adalah:

a. Trak 2 Ton Pinzgauser 6x6 Gun Tower.
(1) Bilangan - 164 buah
(2) Kos Perolehan - RM52.8 juta
(3) Fungsi - Kenderaan penarik meriam 105mm

b. Trak 2 Ton DURO High Mobility Troop Transporter (HMTT)
(1) Bilangan - 54 buah
(2) Kos Perolehan - RM30.1 juta
(3) Fungsi - Kenderaan pembawa trup Batalion Infantri Standard (BIS)

c.Trak 2 Ton DURO High Mobility Command Vehicle (HMCV)
(1) Bilangan - 3 buah
(2) Kos Perolehan - RM3.9 juta
(3) Fungsi - Kenderaan pemerintah BIS

d. Trak 1 Ton 4x4 G_WAGON mounted with Heavy Machine Gun (HMG) 12.7mm weapon Carrier.
(1) Bilanagn - 32 buah
(2) Kos Perolehan - RM10.8 juta (Tahun 2001)
(3) Fungsi - Kendreaan pembawa Senjata HMG 12.7 mm BIS

e. Trak 1 Ton 4x4 G-WAGON mounted with Automatic Grenate Launcher (AGL) 40mm weapon Carrier.
(1) Bilangan - 34 buah
(2) Kos Perolehan - RM11.5 juta
(3) Fungsi - Kenderaan Pembawa AGL 40 mm BIS

f. Trak 1 Ton 4x4 G-WAGON mounted with Anti-Tank Guided Missiles (ATGM)
(1) Bilanagn - 18 buah
(2) Kos Perolehan - RM6.1 juta
(3) Fungsi - Kenderaan Pembawa Misil ATGM BIS

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar dan polisi perolehan kenderaan sokongan diperolehi berdasarkan kepada:

(1) Keperluan operasi, latihan dan penugasan kenderaan tersebut sama ada dalam negara mahupun luar negara.

(2) Spesifikasi kendaraan yang memenuhi keperluan utaam penggunaan dan tactical environment.

(3) Teknologi terkini yang dapat mempertingkatkan keupayaan mobiliti dan keselesaan pengguna.

(4) Nilai kos perolehan yang seimbang dengan spesifikasi dan teknologi kenderaan.

No comments:

Post a Comment