Friday, 30 October 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 28 OKTOBER 2009 (RABU)
SOALAN : 41

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kerja-kerja pembaikan dan penyelarasan atas Laluan Pintas Muar sehingga September 2009:

a) status bon pelaksanaan yang dimiliki oleh RANHILL; dan

b) status pemberian perakuan siap Membaiki Kecacatan kepada RANHILL oleh pihak Menteri Kerja Raya, kos pembaikan kerosakan dan tarikh pelaksanaan bagi pembahagijalan brifen wire rope.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Bon perlaksanaan projek Jalan pintas Muar (Muar Bypass) yang dimiliki oleh Ranhill sdn. Bhd., iaitu kontraktor utama projek tersebut telah tamat pada 27 september 2009. Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya telah pun mengarahkan kontraktor Ranhill untuk menyarnbung tempoh 'performance bond', selama 1 tahun sehingga 28 september zo1o. 'performance bond' ini telahpun dilanjutkan tempohnya sehingga 27 september 2010.

(b) Perakuan siap Membaiki Kecacatan (Certificate Of Making Good Defects CMGD) kepada Ranhill sdn.Bhd. belum dikeluarkan kerana jalan ini masih melalui proses pembaikan. Sehingga kini, kerja-kerja pembaikan di tapak telah pun siap dilaksanakan dan JKR sedang memantau keberkesanan kerja-kerja pembaikan tersebut. Kos keseluruhan pembaikan kerosakan adalah bernilai RM55.2 juta. Manakala kerja-kerja pembaikan brifen wire rope akan bermula pada awal tahun 2010 dengan kos pembaikan bernilai RM5.9 juta dan dijangka siap dalam tempoh 3 bulan.

No comments:

Post a Comment