Thursday, 29 October 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 27 OKTOBER 2009 (SELASA)
SOALAN : 12

SOALAN

Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah bajet yang dibelanjakan sejak kempen pasang tali pinggang keledar untuk penumpang belakang dilancarkan :-

(a) nyatakan senarai jenis perbelanjaan yang telah dilakukan; dan

(b) kenapa penguatkuasaan masih tidak dijalankan sungguhpun pemasangan percuma telah diberikan kepada jenis kenderaan tertentu.

Tuan Yang Dipertua,

a) Perbelanjaan kempen pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang yang dijalankan oleh ]abatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) adalah daiam lingkungan RM8 juta. Perbelanjaan yang dibuat adalah bagi kerja-kerja seperti berikut:

i. penyiaran iklan-iklan di tv, radio, akhbar dan panggung wayang, dan

ii. kempen advokasi secara turun padang oleh JKJR peringkat ibu pejabat dan negeri-negeri.

Tuan Yang Dipertua,

b) Bagi pertanyaan (b), adalah dimaklumkan bahawa pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang secara percuma hanya melibatkan kenderaan Proton, Perodua dan Honda yang mana kos pemasangan ditanggung oleh syarikat pembuat yang berkaitan.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi tempoh pemasangan selama 3 tahun mulai daripada 1 januari 2009 bagikenderaan yang belum dipasang dengan tali pinggang keledar belakang. Langkah ini adalah supaya tidak membebankan golongan yang terlibat dengan pelaksanaan dasar baru Kerajaan ini. Selepas tempoh tersebut iaitu pada 31 Disember 2011,, mana-mana pemilik kenderaan yang gagal memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang pada kenderaan mereka, akan diambil tindakan
undang-undang iaitu kompaun tidak melebihi RM 300.

No comments:

Post a Comment