Wednesday, 2 December 2009

pembahasan dalam peringkat jawatankuasa (Kementerian Sains, Teknologi dan Inorvasi)

DR.2.12.2006 ms 115
6.48 ptg
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Pengerusi, di sini saya ingin merujuk Butiran 020400 di bawah B.30 Jabatan Standard Malaysia (JSM). SIRIM Bhd merupakan satu agensi kementerian dalam pemantauan dan pengeluaran piawaian-piawaian ISO dan spesifikasi dalam pelbagai bidang. Maka, saya ingin tahu apakah tanggungjawab kementerian di atas sijil yang dikeluarkan oleh SIRIM, QAS atau pendek kata SQ kepada Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang di mana hospital ini telah mengakibatkan bayi Lai Yok Shan kehilangan satu tangan kerana kelalaian hospital tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Sijil SQ hospital ini belum ditarik balik selepas kemalangan tersebut berlaku.

Di dalam kes keruntuhan bumbung Stadium Gong Badak, pemaju utama yang bertanggungjawab ke atas pembinaan bumbung ini ialah ‘Bina Struktur, Gerbang Mercu JV, Emarcom’, satu kontraktor asing. Syarikat ini merupakan satu syarikat yang terkemuka dan mempunyai Sijil ISO 9001:2000. Saya ingin tahu, apakah tanggungjawab SIRIM dari segi pengulangan sekiranya syarikat-syarikat yang memegang sijil-sijil yang dikeluarkan oleh agensi tersebut melakukan penyelewengan berkaitan dengan kepentingan awam.

Dari segi pengurusan, SIRIM merupakan satu syarikat swasta yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan. Namun demikian ia dilantik sebagai agensi untuk mengendalikan tugastugasnya di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Akhir sekali, saya ingin minta Menteri menyatakan, adakah perkara yang berkaitan dengan agensi tersebut seharusnya dijawab oleh Kementerian Kewangan atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi? Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment