Wednesday, 23 December 2009

Kenyataan Akhbar YDP Majlis Perbandaran Muar Yang Tidak Relevan

Kenyataan akhbar oleh YDP, MPM, Encik Abd. Wahab mengenai isu kolam renang Muar yang disiarkan pada 19hb., Dec., 2009 amat mengecewakan saya dan rakyat tempatan. Kenyataan akhbar beliau bahawa tiada keuntungan akan dicapai jika usaha baik pulih kolam renang tersebut dilaksanakan agak tidak relevan.

Dalam peringkat pembahasan bajet 2010 di Dewan Rakyat, persoalan berkenaan dengan kolam renang Muar yang terbengkalai lebih 15 tahun telah ditujukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Belia dan Sukan. Timbalan Menteri KPPT, Dato Lajim Ukim telah memberikan jawapan yang positif bahawa beliau akan berkompromi dengan KBS untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Begitu juga Timbalan Menteri KBS, Dato Razali Ibrahim selaku Ahli Parliment Muar juga bersetuju bahawa penyelesaian isu kolam renang ini perlu disegerakan memandangkan ia amat menyakitkan mata. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP, MPM yang sepatutnya menjaga kepentingan khalayak ramai Muar amat mengecewakan; bahkan membelakangkan kepentingan rakyat.

Menurut jawapan daripada kerajaan Negeri Johor atas persoalan DUN Bentayan, Sdr. Gwee Tiong Hiang dalam Persidangan DUN pada Ogos, 2008., anggaran kos baik pulih untuk kolam renang Muar adalah sebanyak RM 3 juta. Jika dibandingkan dengan kos pembinaan Menara Jam sebanyak RM 1.6 juta, kos perhiasan mengecat Menara Jam sebanyak RM 175,000 yang dilakukan pada bulan Julai, kos projek Dataran Tanjung Emas sebanyak RM 4 juta, ditambah dengan kos pembaikan tebing sungai yang condong sebanyak RM 500,000 yang membawa jumlah kos keseluruhan RM 6.25 juta yang mana cukup untuk membaikpulihkan kolam renang Muar sebanyak 2 kali telah bercanggah dengan kenyataan YDP yang mana MPM tiada dana yang cukup untuk kerja baik pulih kolam renang yang telah lama terbiar.

Jawapan daripada Persidangan DUN Negeri Johor bahawa kolam renang tersebut terpaksa ditutup kerana “tidak lagi sesuai dan selamat untuk digunakan”. Sebab-sebab kenapa operasi pengurusannya diberhentikan spotan tidak dinyatakan. Persoalannya ialah kenapa tiada langkah-langkah awal diambil oleh pihak berkuasa pada tahun 1996 apabila kola renang tersebut menghadapi masalah dan biarkan dijadikan habitat biawak selama 13 tahun !

Kenyataan Abd. Wahab bahawa sektor swasta tiada minat dalam pembinaan kolam renang awam memandangkan tiada keuntungan menggalakkan akan diperolehi amat tidak logik. Atas permintaan rakyat tempatan dan tiadanya kolam renang awam di Muar, beberapa kolam renang swasta yang mengenakan bayaran yang berpatutan telah ditubuhkan kebelakangan ini. Adakah beliau melakukan kajian yang spesifik selalu mengeluarkan kenyataan sebegini ? Lagigun sebagai seorang ketua kakitangan awam yang dibayar upah oleh duit cukai orang awam, sepatutnya pendirian adalah berpihak kepada kepentingan rakyat umum, bukan seperti seorang ahli korporat yang mementingkan keuntungan wang ringgit semata-mata. Jikalau semua projek yang dilaksanakan olehj MPM adalah berlandaskan keuntungan, kemungkinan besar perpustakaan awam akan ditutup kerana tiada keuntungan wang ringgit dicapai. Ini menunjukkan kenyataan beliau bercanggah dengan slogan PM, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Begitu juga, Dataran Tanjung Emas yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 4 juta dan Menara Jam yang bernilai RM 160,000 tidak mengenakan sebarang bayaran pengunjungan juga tidak mencapai keuntungan sepertimana erti keuntungan wang ringgit yang dimaksudkan oleh beliau. Kenapa kedua projek ini masih dilaksanakan tanpa keuntungan dicapai ? Sudah diketahui umum bahawa penyedian infrastruktuk awam oleh kerajaan tempatan memang tidak dapat mencapai keuntungan, tetapi tujuan asasnya ialah untuk memenuhi permintaan rakyat tempatan. Bahkan kerugian wang ringgit dapat dikurangkan dengan sistem pengurusan yang berkesan. Sepertimana sebuah kolam renang awam yang telah didirikan sejak dulu dan dibiarkan menjadi habitat biawak setelah majlis dinaikan taraf kepada “ Perbandaran” boleh diapplikasikan dengan pengurusan yang lebih effisen, bayaran masuk yang berpatutan dan anjuran kelas renang untuk menyeimbangkan perbelanjaan pengurusan. Kenapa Abd. Wahab langsung tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji dan melaksanakan sesuatu penyelesaian yang memenuhinya permintaan tuannya, iaitu rakyat umum ?

Kenyataan Abd. Wahab bahawa adalah lebih baik tumpu kepada pembinaan jalanraya dan jambatan daripada pembinaan kolam renang yang lebih mahal juga tidak munasabah. Beliau perlu sedar kerja pembinaan infrastruktuk awam seperti jalanraya, jambatan, parit dan lampu jalan adalah kewajipan asas bagi sebuah kerajaan tempatan. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, perlu juga memikirkan untuk membina dewan rakyat, perpustakaan awam, kemudahan bersukan dan tempat rekreasi untuk memenuhi permintaan tempatan. Dalam jawapan Timbalan Menteri KPKT, Dato Lajim Ukim tentang tiadanya lampu jalan sepanjang Jalan Bakri ialah MPM tidak pernah menyatakan dan meminta peruntukan daripada KPKT untuk menangani masalah tersebut. Apakah yang mengelirukan Abd. Wahab tidak menghiraukan langsung tentang masalah infrastruktuk, iaitu tiadanya lampu jalan sepanjang Jalan Bakri ? Sebelum ini jawapan daripada Abd. Wahab ialah MPM tidak cukup dana untuk pemasangan lampu awam dan perlu dilakukan secara peringkat-peringkat. Kenapa beliau tidak mengemukan permohonan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi semata-mata untuk menolak tanggungjawab ? Adakah beliau sedar tentang tanggungjawab dan intergrati sebagai seorang ketua kerajaan tempatan yang jujur ?

Rakyat Muar pernah bermegah dengan adanya kolam renang yang bertaraf olimpik pada tahun 80an. Ia merupakan tempat untuk anak-anak tempatan untuk berlajar dan berlatih teknik renang. Bahkan satu pasukan pengakap yang unik iaitu “Sea Scount” pernah diorganasikan oleh Sekolah Menengah tinggi Muar. Kini kolam ini telah dibiarkan dan dijadikan habitat biawak. Abd. Wahab perlu berfikir panjang untuk menangani isu kolam renang tersebut dan merelakan ketidakpuasan penduduk tempatan tentang cara pengendalian MPM sebelum ketidakpuasan rakyat umum ini merebak dan mengugat kedudukan kerajaan Najib Tun Razak. YDP MPM perlu berfikir masak sebelum bertindak sesuatu.

Ahli Parliament Bakri
Er Teck Hwa
23.12.09

[IMG_0062.jpg]
▲ Y.B. Er Teck Hwa membawa watawan-watawan tempatan ke Kolam Renang Muar

[IMG_0074.jpg]
▲ Mengelilingi dengan semak, mereka mengamati biawat yang sedang berenang didalam kolam yang ketinggalan

[IMG_0080.jpg]
▲ Y.B. Er tunjuk kepada watawan tentang gambar yang diambil

[IMG_0081.jpg]
▲ watawan dari suratkhabar NST sedang menanya Y.B. Er pendapat beliau

2 comments:

  1. yb,terus usaha

    ReplyDelete
  2. boringnya muar.... btw, dekat mana ye kolam renang swasta di muar YB?

    ReplyDelete