Monday, 7 December 2009

Jawapan menteri dalam peringkat jawatankuasa secara bertulis (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

MESYUARAT DEWAN RAKYAT
PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010

AHLI YANG BERHORMAT : BAKRI
TARIKH PERBAHASAN : 2/12/2009

PERNYATAAN / MASALAH / ISU / SOALAN

Y. B Bakri meminta penjelasan sama ada RM 4.2 bilion bagi pembelian aset dicerminkan dalam anggaran belanjawan dan berapakah tanggungan Kerajaan Persekutuan terhadap SAJH pada masa hadapan.

JAWAPAN

Pengambilan alih aset sebanyak RM 4.2 bilion oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah dibiayai melalui pinjaman komersial oleh PAAB. Oleh itu jumlah tersebut tidak dicerminkan dalam anggaran belanjawan. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa tanggungan kepada SAJH kerana SAJH yang akan bertanggung jawab untuk menjelaskan bayaran pembelian air daripada Equiventures Sdn Bhd dan Southern Water Corporation.

No comments:

Post a Comment