Tuesday, 1 December 2009

pembahasan dalam peringkat jawatankuasa (Kementerian Pengangkutan)

DR. 1.12.2009 107
6.11 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 01100 di bawah P.28. Tajuk butiran ialah Sambungan Rel ke Pelabuhan Pulau Indah Selangor/Sambungan Rel ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Saya mendapati projek yang bernilai RM1,126 juta ini, sebanyak RM302 juta telah dibelanjakan dalam lima tahun yang pertama iaitu dari tahun 2001 hingga 2005. Sebaliknya, tidak ada apa-apa peruntukan ditetapkan pada tahun 2006 hingga tahun 2008. Pada tahun 2009, sebanyak RM2.5 juta pula diperuntukkan lagi.

Di sini saya ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan, berapakah perbelanjaan sudah diperuntukkan dalam Pelabuhan Tanjung Pelepasan dalam anggaran tahun ini? APH atau Asia Petroleum Hub, dengan izin, terletak di Tanjung Bin, Johor Selatan. Lokasinya di sisi kanan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Sasaran projek ini adalah untuk menjadikan APH sebagai pusat simpanan petroleum utama yang terbesar di dunia. Kini, terdapat empat syarikat memiliki projek tersebut. Pegangan syer syarikat ini boleh dipecahkan seperti berikut:

NAMA SYARIKAT PEGANGAN SYER (%)
Trek Perentis Sdn. Bhd. 50
KIC Oil and Gas Sdn. Bhd. 40
Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd. 35
Teori Selatan Sdn. Bhd. 10

Seaport Terminal dimiliki oleh Syed Mokhtar. Sebaliknya, Teori Selatan dipegang oleh Tengku Mahkota Johor. KIC dan Trek Perentis merupakan pemaju dan pemegang syer utama dalam projek ini. KIC dimiliki oleh Abdul Rashid Isa dan Trek Perentis merupakan agensi UMNO dalam projek ini. Seperti apa yang saya dimaklumkan, KIC tidak mampu menyiapkan projek pembinaan pelabuhan tersebut sungguhpun projek ini sepatutnya siap pada tahun ini. Kononnya, lesen KIC dalam pemajuan pelabuhan ini akan ditarik balik dan pembinaan akan diserahkan kepada Rotary Engineering dari Singapura.

Saya ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan, berapakah peruntukan kerajaan dalam APH dan apakah kedudukan projek tersebut? Sila jelaskan secara teliti dengan butiran-butiran yang telah dibelanjakan dari tahun 2001 sehingga 2009.

Akhir sekali, adakah benar projek tersebut telah menghadapi kelewatan dan adakah benar pembangunan projek ini akan diserahkan kepada sebuah syarikat Singapura? Terima
kasih.

No comments:

Post a Comment