Wednesday, 2 December 2009

Jawapan menteri dalam peringkat jawatankuasa (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

DR.2.12.2006 85

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bakri bangun.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]:Yang Berhormat Menteri, tadi saya memberi jawapan awak tidak beri lagi tentang masalah negeri Johor tentang air.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa]

Ir. Haji Hamim Samuri [Ledang]: Johor sudah selamat.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat Bakri, saya fahamlah apa yang ditanya oleh anda sekalian tadi mengenai penjelasan sama ada RM4.2 bilion bagi pembelian aset dicerminkan dalam anggaran perbelanjaan. Saya ingin sebut di sini sebab PUB ini adalah satu agensi di luar bidang kementerian sebab ia jadi MoF punya syarikat. It’s a special purpose vehicle dan special purpose vehicle ini tidak dicerminkan dalam bajet kementerian, okey. Dengan itu sekali lagi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terus menyokong kementerian saya dan saya haraplah kita boleh kerjasama sama ada Pembangkang kah atau pihak Barisan Nasional. Demi untuk rakyat dan negara. ..[Tepuk]

No comments:

Post a Comment