DR-14122009 - ms 128 ~ 129
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Timbalan Menteri, bagi laluan. Timbalan Menteri, tanya satu soalan anak Johor. Okey, terima kasih. Saya hendak tanya satu soalan tentang projek mengenai pembinaan kombat Briged ke-7 Tentera Darat Malaysia Kem Skudai Johor dan kejadian menyebabkan banjir yang berlaku di Kampung Skudai, Johor dan saya juga hendak tahu projek ini adalah terbengkalai atau diteruskan.
Kedua, saya hendak tanya adakah kementerian pernah berbincang dengan penduduk-penduduk tempatan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, ini isu baru Yang Berhormat. Tidak masuk tajuk yang sedang dibahaskan sekarang Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak, tadi saya hendak ucap Butiran 01100 - Pengubahsuai dan Pembaikan Kem/Pengkalan Tentera, di bawah P.60. Saya hendak tahu sebab tadi saya tidak dapat ....
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Pasal banjir dekat kawasan yang sepatutnya dibuat Kem Skudai Briged 7 itu, ia sebenarnya bukan sebab projek itu yang banjir, tidak ada projek itu pun dari dahulu sudah banjir. Soalan ini saya sudah jawab pada Yang Berhormat Gelang Patah secara bertulis, jadi tidak perlulah hendak bangkitkan dekat sini. Projek tersebut memang tergendala. Ia adalah ekoran daripada perjanjian antara MINDEF dengan sebuah syarikat. Jadi banjir itu bukan kerana projek tersebut, perlu saya nyatakan bukan kerana projek itu, tidak ada projek itu pun memang sudah banjir, jadi tidak perlulah MINDEF hendak adakan perjumpaan seolah-olah kita yang salah. Sebenarnya tidak timbullah Yang Berhormat Bakri. Terima kasih banyak.