Tuesday, 21 October 2008

Penyelewengan - Pejabat pertanian disewa kepada swasta

Mesej berikut ialah satu emel yang saya terima pada waktu petang ini. Saya rasa pendedahan ini boleh bagi pembaca-pambaca blog ini sedikit maklumat tentang kisa benar kerja-kerja kotor yang dijalani oleh croni-croni BN.

From: Maan Husin
Date: Mon, 20 Oct 2008 17:06:01 +0800 (SGT)
Subject: Penyelewengan - Pejabat pertanian disewa kepada swasta

Tuan,
Salam hormat.

Saya emelkan masalah ini kepada tuan kerana saya percaya DAP lebih berani dalam menyuarakan penyelewengan kerajaan.

Saya penduduk Baling, Kedah amat kecewa dengan pengurusan Pejabat Pertanian Baling yang rasuah, malas dan tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah masalah-masalah kronik pejabat pertanian Baling;

i.Tidak ada satupun projek pertanian yang berjaya dibawah kelolaan pejabat berkenaan di daerah ini.

ii.Pegawai-pegawainya lebih banyak masa dihabiskan untuk berebut jawatan dalam umno daripada bekerja. Amat jarang mereka ada dipejabat.

iii.MEREKA TELAH MENSWASTAKAN PEJABAT PERTANIAN KAMPUNG LALANG,BALING, KEDAH KEPADA SYARIKAT SWASTA (bina jalan). Malah lebel pejabat pertanian pejabat itu telah ditukar kepada syarikat berkenaan. Tidak ada seorangpun pegawai pertanian yang berada dipejabat berkenaan. Kami penduduk kampung disekitar Kg Lalang tidak dapat berurusan dengan pegawai-pegawai pertanian lagi.Mereka sudah tidak ada di sini. Hairannya bagaimana pejabat kerajaan boleh diswasta sewenangwenangnya? Siapa yang bolot wang sewa itu, tentulah kroni-kroni umno.

Malangnya kami penduduk disini yang rata-rata petani, tidak tahu nak mengadu kepada siapa tentang penyelewengan ini. Ketua jabatan pertanian langsung tak guna, ketua-ketua umno dok kira rebut jawatan dan projek saja. Saya kini langsung tak percaya kepada pemimpin-pemimpin umno nak bela rakyat.

Untuk pengetahuan tuan,pejabat pertanian berkenaan terletak di jalan Legong, berhadapan dewan orang ramai,kg lalang.

Harap pihaktuan dapat siasat dan menyuarakannya diparlimen.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment