Tuesday, 21 October 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 21-08-2008

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan Statistik pelancong-pelancong yang melawat Johor mengikut negara. Berapa lama tempoh mereka berada di negeri Johor dan jumlah keuntungan yang diperoleh daripada industri pelancongan bagi tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah tempat yang diisytiharkan oleh Kerajaan sebagai "historical spot" di negeri Johor.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,
Melalui data kajian penginapan hotel di seluruh Malaysia bagi setengah tahun pertama 2008, statistik penginap hotel telah menunjukkan bahawa pelancong antarabangsa utama yang melawat Johor adalah dari China merekodkan jumlah pelawat yang paling ramai iaitu seramai 273,202 orang pelancong, diikuti oleh pelawat dari Singapura seramai 188,960 orang pelancong, dan pelancong dari Jepun seramai 80,425 orang pelancong.
BILANGAN PENGINAP HOTEL PELANCONG ANTARABANGSA DI JOHOR
PADA SETENGAH TAHUN PERTAMA 2008
















NEGARABILANGAN PELANCONG
China273,202
Singapura188,960
Jepun80,425

BILANGAN PENGINAP HOTEL PELANCONG DOMESTIK DI JOHOR
PADA SETENGAH TAHUN PERTAMA 2008
















NEGERIBILANGAN PELANCONG
Johor579,847
Kuala Lumpur356,999
Selangor277,226

Manakala bagi pelancong domestik yang merekodkan jumlah penginap tertinggi adalah dari Johor seramai 579,847 orang pelancong, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu seramai 356,999 orang pelancong dan Selangor seramai 277, 226 orang pelancong. Tempoh pelawat antarabangsa yang menginap di Johor direkodkan selama 4.4 malam manakala tempoh menginap baqi pelancong domestik adalah selama 4.8 malam.

Berdasarkan purata perbelanjaan per kapita, adalah dianggarkan pendapatan daripada industri pelancongan yang diterima bagi negeri Johor bagi tahun 2006 adalah sejumlah RM 2,739.8 juta manakala bagi tahun 2007 adalah sejumlah RM 3,595.3 juta.

Jumlah pendapatan yang diperolehi bagi tahun 2008 masih belum lagi dapat dikeluarkan memandangkan jumlah pengiraan ini bergantung kepada jumlah bilangan pelancong setiap bulan pada tahun tersebut.

Menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organizational's (UNESCO), hanya terdapat 4 tempat di Malaysia yang mendapat pengiftirafan sebagai "Tapak Warisan Dunia" iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Taman Kinabalu, Sabah; Georgetown, Pulau Pinang dan Melaka.

Walau bagaimanapun, menurut kerajaan negeri Johor, antara tempat-tempat bersejarah di negeri Johor adalah seperti di Lampiran A.


LAMPIRAN A:

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU
1. Istana Bukit Serene
2. Masjid Sultan Abu Bakar
3. Bangunan Sultan Ibrahim
4. Makam Diraja
5. Istana Besar & Makam Diraja
6. Tambak Johor
7. Johor Fort, Bukit Timbalan
8. Tugu Sultan Abu Bakar
9. Tugu Temenggung Daing Ibrahim

PONTIAN
1. Muzium Bugis

BATU PAHAT
1. Muzium Veterina
2. Perigi Batu Pahat

MUAR
1. Bangunan Kastam Diraja
2. Istana Diraja & Mahkamah Tinggi Muar
3. Bangunan Sultan Abu Bakar
4. 'Muar High School'
5. Rumah Belanda
6. Masjid Jamek Sultan Ibrahim
7. Kubu Bentayan
8. Makam Mat Berani & Isteri Mawar Setia
9. Makam Sultan Alauddin Riayat Shah 1
10. Makam Panglima Lidah Hitam
11. Makam Kiyai Haji Fadhil
12. Balai Polis Bukit Kepong

SEGAMAT
1. Jambatan Bersejarah Buloh Kasap

KOTA TINGGI
1. Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang & Makam Kucing Bertanduk
2. Makam Tun Habab/Habib
3. Kota Makam Tauhid
4. Makam Laksamana Bentan
5. Kubu Johor Lama
6. Makam Sultan Abdul Jalil Shah & Makam Tengku Dara Puteh
7. Makam Raja Sulaiman, Makam Dua Belas, Makam Tujuh, Makam Dua & Makam Satu
8. Makam Che Siti Aminah
9. Makam Sultan Muzaffar Shah, Makam Raja Fatimah & Makam Tiga Beranak
10. Muzium Nelayan Tanjung Balau
11. Pusat Pemerhati Tentera British
12. 'Pill Boxes'

No comments:

Post a Comment