Saudara Wan,
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara meninggalkan mesej di blog saya. Tentang soalan saudara iaitu DAP dan PAS akan bekerjasama dengan apa-apa bentuk situasi.
Dalam soalan ini, DAP akan mengamalkan semangat kasih sayang dan tidak pilih kasih dengan kerjasama PAS. DAP tidak akan selesai masalah ikut kesukaan dan warna kulit sebaliknya DAP akan ikut prinsip samarata dan adil. Walau bagaimanapun, Malaysia sudah merdeka 52 tahun tetapi masih ada suara membantah tentang matlamat politik kaum masing-masing. Ini jadi halangan perkembangan politik Malaysia. Sebagai contohnya, semua kerjasama antara PAS dan DAP dianggap khidnat masyarakat kaum-kaum masing-masing, terdapat ada orang yang sengaja cipta isu kaum hingga perselisihan kaum berlaku.
Sebenarnya, masyarakat Malaysia perlu mengambil peranan dan mengubah fikiran yang baru dan tidak perlu takut berlaku pergaduhan 513. Perkembangan politik Malaysia boleh dikatakan telah menjelang era yang baru dan cabar. Pada masa 308, penduduk Malaysia telah memilih wakil rakyat yang mereka anggap boleh mengetuai kaum mereka menjelang era yang abad 21. Keputusan pilihanraya yang ke 12 ini telah membayangkan kehendak dan permintaan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak akan menerima serta mendengar kata manis ke atas seseorang wakil rakyat, mereka perlu wakil rakyat yang cukup tahu dan faham permintaan mereka.
Kegawatan ekonomi yang baru berlaku kini, rakyat Malaysia terpaksa hidup dalam kesukaran dan kesusahan, kos kehidupan tidak dapat menampung kenaikan harga barang. Sila tanya sesiapa perlu menanggung masalah ini dan adakah pemimpin kini sesuai mengetuai Malaysia lagi? Jawapannya pemimpin Malaysia kini hanya berebut kuasa dan mementingkan diri sendiri serta kroni-kroni sahaja, mereka tidak pernah fikir dalam pendirian rakyat. Dengan itu, pihak pembangkang akan memainkan peranan lebih berkesan. Marilah kita bersama mengabaikan warna kulit dan memilih pemimpin yang dimiliki semua kaum bukan semata-mata timbul isu kaum.
Konsep kongsi politik adalah satu fenomena yang akan diamalkan pada era akan datang. Selepas tsunami politik 308, makin ramai rakyat mula terima konsep politik pembangkang. Sebagai contoh, di daerah Muar, pihak pembangkang menang 4 kerusi iaitu 1 kerusi parlimen dan 3 kerusi ADUN, sila tanya adakah penduduk Muar lebih mudah terima konsep politik dan mengapakah fenomena ini tidak dapat berlaku di daerah lain?
Dengan ini, cawangan DAP dan PAS daerah Muar harap berganding bahu bersama membawa penduduk Muar untuk menikmati suasana kehidupan yang betul-betul harmoni dan aman. Bentuk kerjasama DAP dan PAS baru menjejak langkah sahaja, kita kedua-dua pihak berjanji antara diri sendiri, kita abaikan masalah perselisihan salah faham, warna kulit dan sebagai kelainan, cuma hanya membawa hati yang jujur dan amanah yang cukup untuk mencapai matlamat pergabungan kerjasama kedua-dua pihak.
Saudara, anda akan diketahui tentang kerjasama yang dianjurkan oleh kedua-dua cawangan parti pembangkang. Yang baru Hari Puasa Adifitri ini, cawangan PAS Sungai Abong telah anjurkan satu ‘Open House’ dengan cawangan DAP Bakri, dalam majlis ini terdapat ramai kaum Cina menyertai majlis ini di mana terbukti masyarakat Cina kini mula ubah dan begitu hasrat menerima beberapa jenis kebudayan selagi ini tidak singgung perasaan kedua-dua kaum.
Namun begitu, dengan galakan ini, kedua-dua cawangan PAS dan DAP akan lebih kerap mengadakan majlis sebegini untuk mengeratkan hubungan kedua-dua pihak. Pihak kami juga begitu harap menjemput saudara dan kawan saudara yang mempunyai konsep politik yang sama agar kita boleh berusaha bersama untuk mencipta masyarakat penyayang di Malaysia.
Akhir kata, kami ingin minta maaf ke atas penggunaan kata yang singgung hati saudara dan segala kritikan dan komen pihak saudara akan lebih merangsang kejayaan pihak kami.
No comments:
Post a Comment