Tuesday, 11 November 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 18-08-2008~11-12-08

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah GST akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh pelaksanaan GST di Malaysia. Apabila tarikhnya ditetapkan kelak, Kerajaan akan memberi tempoh masa yang mencukupi di antara 12 hingga 18 bulan kepada sektor swasta (atau golongan peniaga) untuk membuat persediaan terhadap proses perniagaan di samping mengubahsuai sistem komputer bagi memasukkan elemen cukai barangan dan perkhidmatan ke dalam akaun perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment