Tuesday, 25 November 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 25-11-2008

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes peragut, rogol, penagih daad dan pecah rumah yang telah dilaporkan di setiap daerah dalam negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah kes yang telah dihukum oleh mahkamah. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kes-kes jenayah.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 26,998 kes Jenayah Indeks di negeri Johor pada tahun 2006. Secara purata, terdapat 3 daerah yang mencatatkan laporan kes tertinggi initu :
Johor Bahru Selatan sebanyak 6,456 kes;
Johor Bahru Utara sebanyak 5,904 kes;
Seri Alam sebanyak 5,474 kes.

Bagi kes logol, sebanyak 343 kes telah dilaporkan , diikuti dengan kes pecah ruamh siang hari sebanyak 817 kes, pecah rumah malam hari sebanyak 2,528 kes dan key ragut sebanyak 980 kes bagi seluruh Kontinjen Johor.

Bagi tahun 2007, sebanyak 26,841 kes dilaporkan pada tahun 2007. Terdapat 3 daerah mencatatkan laporan kes tertinggi iaitu :
Johor Bahru Utara sebanyak 6,065 kes;
Sri Alam sebanyak 5,269 kes
Johor Bahru Selatan sebanyak 5,243 kes.

Bagi kes rogol, sebanyak 479 kes telah dilaporkan dan diikuti dengan kes pecah rumah siang hari sebanyak 618 kes dan pecah rumah malam hari sebanyak 782 kes bagi keseluruhan Kontinjen Johor.

Manalaka bagi tempoh bulan Januari hingga Julai tahun 2008, sebanyak 16,009 kes Jenayah Indekx telah dialaporkan bagi keseluruhan Johor. 3 daerah mencatatkan laporan kes tertinggi iaitu :
Johor Bahru Selatan sebanyak 3,762 kes;
Sri Alam sebanyak 2,674 kes;
Johor Bahru Utara sebanyak 2,343 kes.

Sebanyak 320 kes rogol telah dilaporkan bagi tempoh tersebut, diikuti dengan kes pecah rumah siang hari 36 kes, pecah ruamh malam hari 2,148 kes dan ragut sebanyak 5 kes.









































DAERAH200620072008 (hingga Julai)
Johor Bahru Selatan6,4565,243 3,762
Johor Bahru Utara5,9046,065 2,343
Seri Alam5,4745,269 2,674
Jenayah Indeks26,99826,84116,009
Kes Selesai10,64011,89511,895
Purata39.64%44.31%40.70%




























TAHUNROGOLPECAH RUMAH SIANGPECAH RUMAH MALAMRAGUT
20063438172,528980
2007479618782-
2008 sehingga Julai320362,1485

Tuan Yang Dipertua,

Secara purata, sebanyak 10,640 kes atau 39.64% telah berjaya diselesaikan pada tahun 2006, manakala bagi tahun 2007, jumlah penyelesaian kes adalah sebanyak 11,895 kes atau 44.31% dan sebanyak 11,895 kes atau 40.7% bagi tempoh bulan Januari hingga Julai pada 2008.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, berapa lenagah telah diambil bagi memantapkan dan memperkasakan pihak polis dalam usaha pencegahan jenayah. Antaranya iaitu seperti mempertingkatkan kehadiran (omnipresence) pihak polis di tempat-tempat yang strategik bagi menjaga keamanan setenpat seperti di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah ('crime prone area'), tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, kawasan perniagaan dan hiburan serta tempat-tempat yang sibuk seperti stesen bas, LRT dan sebagainya.

Selain itu, bagi meanampung kehadiran (omnipresence) pihak polis secara konsisten, Pondok Polis atau Balai Polis Komuniti telah diwujudkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Kawasan pengawasan (surveilance area) juga perlu diperkecilkan agar kehaidran serta tumpuan pihak polis di kawasan yang menpunyai jumlah penduduk yang padat dapat dipertimbangkan.

Bagi mempertingkatkan pengumpulan data, maklumat dan risikan keselamatan, konsep sedia ada seperti Rakan Cop perlu diperluaskan. Konsep ini bertujuan memberi satu ruang kepada orang ramai untuk membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dengan cepat dan tepat dengan menggunapakai kemudahan teknologi masa kini. Sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sistem atas talian (online) dimanfaatkan sebail mungkin bagi tujuan tersebut.

Pihak polis turut menggunakan pendekatan versepadu dari sudut dalaman dan luran dalam usaha untuk mencegah dan mengesan jenayah di antara semua komponen PDRM. Sebagai contoh, Polis Trafik bukan sahaja menjalankan tugas mengawal lalu lintas tetapi turut manjalankan tugas mengesan dan menangkap penjenayah. Di samping itu, usaha untuk mengadakan kawalan dan rondaan bersepadu di antara agensi penguatkuasaan lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Imigresen dan Kastam turut dilaksanakan.

Pihak polis turut mengadakan "Standard Operating Procedures" atau protokol yang seragam bagi mengintegrasikan semua CCTV yang digunapakai oleh Polis, PBT, kompleks perniagan dan lain-lain.

Selain itu, konsep 'Broken Windows' turut dilaksanakan di seluruh negara di mana orang ramai dimaklumkan supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan rumah dan kawasan masing-masing. Orang ramai perlu membantu pihak polis secara sukarela supaya amalan sedemikian akan menjadi benteng daripada berlakunya jenayah.

No comments:

Post a Comment