Tuesday, 18 November 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 18-11-2008

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apalah jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk menolong ibu tunggal, warga emas dan orang miskin di setiap daerah dalam negeri Johor. Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima serta yang telah berjaya mendapat bantuan.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Kememterian Pembangunan Wanita, Keluraga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) menyediakan pelbagai jenis skim bantuan bagi membantu ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin. Bagi warga emas, Skim Bantuan Orang Tua dengan kadar RM300 sebulan boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi ibu tunggal, Skim Bantuan Kanak-Kanak dengan kadar antara RM100 sebulan seorang sehingga maksimum RM450 sebulan sekeluarga tidak melebihi 4 orang juga boleh dipertimbangkan bagi membantu ibu tunggal meyara anak-anak berumur di bawah 18 tahun.

Selain itu Skim Bantuan Am yang peruntukkannya disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor juga diperuntukkan bagi membantu warga emas, ibu tunggal dan orang miskin sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri walaupun mereka tidak dapat dipertimbangkan Skim Bantuan Persekutuan.

Jumlah permohonan yang telah diterima bagi semua skim bantuan kebajikan oleh JKM dari bulan Januari hingga Ogos 2008 bagi Negeri Johor adalah sebanyak 7,784. Dari jumlah tersebut, permohonan yang diterima dan diluluskan bagi Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua dan Bantuan Am adalah seperti berikut :-




























JENIS BANTUANJUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMAJUMLAH PERMOHONAN DILULUSKAN
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)1,230869
Bantuan Orang Tua (BOT)876680
Bantuan AM (BA)900644
Jumlah3,0062,193

No comments:

Post a Comment