Tuesday, 11 November 2008

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 4-11-2008

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelabur-pelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Nilai pelaburan yang diluluskan dl negeri Johor bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 berjumlah RM27.5 bilion melibatkan sebanyak 499 projek perkilangan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM21.1 bilion (76.8%) merupakan pelaburan asing manakala RM6.4 bilion (23.2%) adalah pelaburan tempatan.

NILAI PELABURAN JOHOR (2006-2008 JULAI)
















PELABURAN ASING21.1 Bilion76.8%
PELABURAN TEMPATAN6.4 Bilion23.2%
JUMLAH NILAI27.5 Bilion

Bagi tahun 2006, jumlah pelaburan asing yang diluluskan adalah sebanyak RM5.6 billion dan pelaburan domestik sebanyak RM2.2 billion. Pada tahun 2007, jumlah pelaburan asing yang diluluskan meningkat kepada RM6.7 billion dan pelaburan domestik meningkat kepada RM2.5 billion. Bagi tempoh Januari - Julai 2008, jumlah pelaburan asing yang dlluluskan di negeri Johor adalah RM8.8 billion. Jumlah pelaburan domestik adalah sebanyak RM1.7 bllion.






















TAHUNPELABURAN ASINGPELABURAN DOMESTIK
20065.6 Bilion2.2 Bilion
20076.7 Bilion2.5 Bilion
2008-Julai8.8 Bilion1.7 Bilion

Tuan Yang Dipertua,

Antara sektor yang menerima jumlah pelaburan yang terbesar bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 adalah sektor barangan elektrik dan elektronik (RM9.1 billion), barangan logam asas (RM8.3 blllon}, kimia dan barangan kimia (RM2.7 billon), pengilangan makanan (RM1.5 billion), dan Pengilangan Jentera (RM1.2 billon).
SEKTOR-SEKTOR PELABURAN JOHOR (2006-2008 JULAI)

























SEKTORJUMLAH PELABURAN
elektrik dan elektronik9.1 Bilion
logam asas8.3 Bilion
kimia2.7 Bilion
Makanan1.5 Bilion
Jentera1.2 Bilion

Sepuluh negara utama pelabur asing yang telah melabur di negeri Johor bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 adalah:

Negara Netherlands dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4.8 billion;
Sepanyol dengan Jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 Billion;
Jepun dengan Jumlah pelaburan sebanyak RM2.9 blllon.
Singapura dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.8 billion;
Jerman dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.5 bilion;
Perancis dengan Jumlah pelaburan sebanyak RM697.6 Juta;
Switzerland dengan jumlah pelaburan sebanyak RM632.8 juta;
Lebanon dengan Jumlah pelaburan sebanyak RM562.3 juta;
United Kingdom dengan jumlah pelaburan sebanyak RM498.0 juta;
dan
Amerika syarikat dengan jumlah pelaburan sebanyak RM429.7 juta.

10 NEGARA ASING UTAMA MELABUR DI JOHOR (2006-2008 JULAI)












































NEGARAJUMLAH PELABURAN
Netherlands4.8 Bilion
Sepanyol4.2 Bilion
Jepun2.9 Bilion
Singapura2.8 Bilion
Jerman1.5 Bilion
Perancis697.6 Juta
Switzerland632.8 Juta
Lebanon562.3 Juta
United Kingdom498.0 Juta
Amerika syarikat429.7 Juta

No comments:

Post a Comment