Tuesday, 4 November 2008

Pertanyaan Lisan yang dijawap dalam Dewan Rakyat

10. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelabur-pelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ll [Dato' Jacob Dungau Sagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, nilai pelaburan yang diluluskan di negeri Johor bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 berjumlah RM27.5 bilion melibatkan sebanyak 499 projek perkilangan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM21.1 bilion iaitu 76.8% merupakan pelaburan asing manakala RM6.4 bilion iaitu 23.2% adalah pelaburan tempatan.

Bagi tahun 2006 pula, jumlah pelaburan asing yang diluluskan adalah sebanyak RM5.6 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM2.2 bilion. Pada tahun 2007, jumlah pelaburan asing yang diluluskan meningkat kepada RM6.7 bilion dan pelaburan domestik meningkat ke RM2.5 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2008, jumlah pelaburan asing yang diluluskan di negeri Johor adalah RM8.8 bilion, jumlah pelaburan domestik adalah sebanyak RM1.7 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, antara sektor yang menerima jumlah pelaburan yang terbesar bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 adalah sektor barangan elektrik dan elektronik iaitu RM9.1 bilion, barangan logam asas RM8.3 bilion, kimia dan barangan kimia RM2.7 bilion, pengilangan makanan RM1.5 bilion dan pengilangan jentera RM1.2 bilion.

Sepuluh negara utama pelabur asing yang telah melabur di negeri Johor bagi tempoh 2006 hingga Julai 2008 ialah seperti berikut:
NEGARAJUMLAH PELABURAN (RM)
Netherlands4.8 bilion
Sepanyol4.2 bilion
Jepun2.9 bilion
Singapura2.8 bilion
Jerman1.5 bilion
Perancis697.6 juta
Swizerland429.7 juta
Lebanon429.7 juta
United Kingdom429.7 juta
Amerika Syarikat429.7 juta


Sekian Terima kasih.

■1120
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah, apakah insentif khas yang ditawarkan kepada pelabur asing dan tempatan untuk menarik lebih pelabur ke negeri Johor tidak melabur di negara sempadan Singapura dan sejak rasminya Koridor Wilayah Ekonomi Iskandar, berapa ramaikah pelabur asing melabur dan senaraikan negara-negara mereka masing-masing yang telah melabur di Koridor Wilayah Ekonomi Iskandar? Terima kasih.

Dato' Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Insentif-insentif yang diberikan untuk pelabur yang ingin melabur di zon pembangunan Ekonomi Iskandar ini ialah seperti taraf perintis yang kita beri kepada pelaburpelabur yang ada di negara ini, dan juga elaun cukai pelaburan yang termasuk pengecualian cukai 100%. Selain daripada mempunyai status Iskandar Malaysia ia juga mempunyai special incentive yang diberikan kepada mereka, iaitu dari segi pengecualian cukai 10 tahun dari pembinaan operasi dan juga dari segi pengecualian cukai, income tax yang dikenakan kepada pekerja-pekerja mereka dan juga none physical incentive yang juga diberi dari segi pengecualian, dari FIC rules yang berlaku di kawasan-kawasan lain di negara kita, dan juga fleksibiliti di bawah pentadbiran pertukaran wang asing yang terlibat di sana.

Dari segi soalan yang kedua tadi, zon pembangunan Ekonomi Iskandar telah menarik pelaburan berjumlah RM39.1 bilion, sebanyak RM18.9 bilion adalah pelaburan dalam sektor perkilangan dengan RM15.2 bilion atau RM80.4 bilion daripadanya adalah pelaburan asing. Bagi sektor perkhidmatan pula, Iskandar Malaysia telah menarik RM20.2 bilion dengan RM5.2 bilion daripadanya merupakan pelaburan asing di sektor perkhidmatan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment