Friday, 26 September 2008

Pertanyaan Persidangan Parlimen bulan Okt 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI DEWAN RAKYAT PADA 13 OCTOBER - 18 DECEMBER 2009

Jawab Lisan

1. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan Statistik pelancong-pelancong yang melawat Johor mengikut negara. Berapa lama tempoh mereka berada di negeri Johor dan jumlah keuntungan yang diperoleh daripada industri pelancongan bagi tahun 2006,2007 dan 2008. Apakah tempat yang diisytiharkan oleh Kerajaan sebagai "historical spot" di negeri Johor.

2.Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh JKR tentang projek-projek yang tertunda dan tertunggak di seluruh negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 23008. Berapakah projek yang telah dan sedang dijalankan di seluruh negeri Johor.

3.Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PELAJARANmenyatakan berapakah bilangan pelajar yang tidak meneruskan persekolahan selepas UPSR dan PMR. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menolong pelajar tersebut sejak tahun 2006, 2007 dan 2008.

4.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan penduduk tetap di Johor yang telah menjadi warga Malaysia pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah syarat-syarat yang diperlukan.

5.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes peragut, rogol, penagih daad dan pecah rumah yang telah dilaporkan di setiap daerah dalam negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah kes yang telah dihukum oleh mahkamah. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kes-kes jenayah.

6.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apalah jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk menolong ibu tunggal, warga emas dan orang miskin di setiap daerah dalam negeri Johor. Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima serta yang telah berjaya mendapat bantuan.

7.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah projek perumahan dan bangunan kompleks tertunggak di seluruh negeri Johor. Apakah langkah yang diambil untuk menolong pembeli rumah. Apakah jenis tindakan yang telah dlambil terhadap para pemaJu yang gagal melaksanakan projek-projek mereka.

8.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelabur-pelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.

9.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah sekolah rendah dan menengah untuk golongan OKU di setiap daerah dalam negeri Johor. Berapakah bilangan pelajar dan nisbah jantina mengikut peringkat pendidikan di sekolah rendah dan menengah. Apakah bentuk subsidi dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan untuk membantu mereka.

10.Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI KESIHATANmenyatakan berapakah jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di setiap daerah jumlah dalam negeri Johor. Berapakah jumlah hospital yang telah menyediakan kemudahan mesin dialisis pada tahun 200, 2007 dan 2008. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada pesakit.

Soalan Bertulis:

1.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN bahawa adakah pihak PUSPAKOM berhak meningkatkan harga pemeriksaan kenderaan. Adakah kerajaan merancang menlanjutkan kontraknya yang dijangka tamat pada 2009.

2.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN bahawa nyatakan bilangan pekerja yang berkhidmat di KPTK. Berapakah kes salahguna kuasa oleh pegawai-pegawai KPTK pada 2006/2007/2008. Apakah tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Berapakah jumlah pegawai-pegawai yang telah digantung/letak jawatan kerana tindakan displin.

3.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI bahawa berapakah jumlah pembiayaan yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri kepada daerah-daerah di negeri Johor pada 2006/2007/2008 ? Nyatakan bila serta berapakah jumlah yang telah ditunaikan dan sebaliknya ,adakah pembiayaan tersebut telah dikenal pasti telah digunakan dengan sempurna.

4.Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah GST akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa.

5.Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANmenyatakan bilangan pekerja yang berkhidmat di KPKT. Berapakah kes salah guna kuasa oleh pegawai-pegawai KPKT pada tahun 2006, 2007 dan 2008 mengikut golongan umur, jantina dan bangsa. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment