Wednesday, 25 February 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 25-02-2009
SOALAN NO: 8

SOALAN

Y.B. ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh siap projek menaiktaraf Jalan Muar-Tangkak. Mengapa dalam tempoh yang singkat ini keadaan jalanraya mula rosak. Senaraikan nama kontraktor yang bertanggungjawab dan kes-kes untuk projek ini. Apakah tindakan yang telah di ambil terhadap kontraktor tersebut. Nyatakan jadual untuk memperbaiki jalan raya tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk maklumat ahli yang berhormat, skop projek ini adalah melebarkan sebahagian dari jalan Muar-Tangkak sepanjang 8 KM untuk kemudahan lorong memotong di kawasan berbukit dan selekoh membahaya. Kontraktor yang melaksanakan projek ini adalah Sakiza Indah Sdn. Bhd. Kerja-kerja pembinaan telah disiapkan pada 13hb November 2006 dengan kos sebanyak RM10,318,050.61.

Untuk maklumat ahli yang berhormat, telah berlaku kerosakan turapan jalan di beberapa tempat di sepanjang projek tersebut yang berpunca daripada masalah kandungan air bawah tanah yang tinggi yang mana ianya tidak dapat dikesan semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Semasa kerja-kerja pembaikan kerosakan dijalankan berlaku musim tengkujuh luar biasa pada penghujung 2006 dan awal 2007 dimana saliran sediada tidak mampu menampung jumlah aliran air yang terlalu banyak menyebabkan kerosakan jalan bertambah.

Untuk makluman ahli yang berhormat, pihak kontraktor telah memperbaiki kerosakan jalan dan kerja-kerja pembaikan kerosakan telah siap dilaksanakan sepenuhnya pada 23hb januari 2009.

No comments:

Post a Comment