Wednesday, 18 February 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 18-02-2009

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelajar mengikut kaum yang telah dihantar ke luar negara dalam kos tanggungan kerajaan dan senaraikan jumlah perbelanjaannya dalam tahun 2006, 2007 dan 2008. Senaraikan negara-negara yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran dan subjek-subjek utama yang diambil oleh pelajar-pelajar tersebut serta bilangan pelajar yang terlibat.

JAWAPAN: Y.B. DATO' MOHD. JOHARI BIN BAHARUM

Tuan Yang DiPertua,

Jumlah tajaan biasiwa JPA yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara dari tahun 2006 hingga 2008 adalah seramai 5300 orang. Pelajar bumiputera seramai 4313 orang dan bukan bumiputera seramai 1887 orang. Jumlah perbelanjaan yang terlibat adalah sebanyak RM1.556 bilion.

JPA menaja pelajar dalam bidang sains dan teknologi ke negara seperti Kanada, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun. Bagi bidang perubatan, JPA menghantar pelajar ke India, United Kingdom, Indonesia dan Rusia.

No comments:

Post a Comment