Monday, 23 February 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO' HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN [KOTA BELUD]
TARIKH : 19-02-2009
SOALAN NO: 13

SOALAN

Y.B. HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN [ KOTA BELUD ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) berapa ramai rakyat Malaysia yang telah memohon untuk pulang ke tanah air dalam program menggalakkan warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara pulang ke Malaysia hingga ke saat ini sejak program ini dilancarkan pada 1 Januari 2001; dan

(b) berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang masih bekerja di luar negara sama ada kerana tidak memohon dalam program ini atau yang gagal dalam permohonan.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Kementerian Sumber Manusia telah menjalankan program bagi menggalakkan warganegara yang berkepakaran supaya pulang ke tanah air sejak 1 Januari 2001. Sehingga kini, sebanyak 1,225 permohonan telah diterima di bawah program ini daripada jumlah tersebut, sebanyak 662 permohonan telah dilulukan. Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang masih bekerja di luar negara. Usaha-usaha akan dibuat bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan kerjasama pihak yang berkenaan seperti Wisma Putra dan Keduataan dan Persuruhjaya Tinggi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan di luar negara.

No comments:

Post a Comment