Thursday, 19 February 2009

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 19-02-2009

SOALAN

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah bilangan kilang-kilang perabot dan senaraikan jumlah nilai eksport di daerah Muar dan Ledang pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008. Apakah dorongan dari kerajaan untuk meningkatkan daya saing industri tersebut. Adakah kerajaan mempunyai pusat perdagangan permenen di luar negara. Jika ya, senaraikan lokasinya. Jika tidak, mengapa.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 1,895 buah kilang perabot di Malaysia yang sebahagian besar atau lebih 50 peratus daripadanya tertumpu di daerah Muar dan Ledang yang mengeluarkan pelbagai jenis peroduk perabot untuk pasaran tempatan dan eksport.

Nilai eksport perabot keseluruhan pada tahun 2005 adalah berjumlah RM7,495.5 juta. Jumlah eksport perabot terus meningkat sebanyak 7.8 peratus kepada RM8,080.1 juta pada tahun 2006 dan seterusnya terus meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM8,547.7 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2008, nilai eksport perabot terus mencatat pertumnuhan positif sebanyak 2 peratus kepada RM8,717.7 juta. Ini menunjukkan bahawa kemampuan pengeluar perabot tempatan untuk bersaing di pasaran antarabangsa semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Tuan Yang Dipertua,

Pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh Kerajaan sebagai usaha memastikan industri perabot terus berdaya saing di peringkat pasaran tempatan mahupun di pasaran eksport, antaramya:

(i) menyediakan galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 70 peratus ke atas pendapatan berkanun selama 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak untuk tempoh selama 5 tahun. Selain itu, galakan ini juga diberi kepada syarikat sedia ada yang dimiliki sekurang-kurangnya 51 peratus ekuiti Bumiputera yang membuat pelaburan semula dalam Industri berasakan kayu, termasuk pengilang perabot;

(ii) memberi pengecualian duti import ke atas bahan mentah dan komponen yang digunakan dalam pengeluaran perabot. Selain itu, pengecualian duti import dan cukai jualan juga diberi ke atas mesin dan peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran;

(iii) menyediakan bantuan geran seperti:
(a) Geran Pembanguaan Pasaran (MDG) yang disediakan kepada Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) bagi membantu dalam aktiviti-aktiviti promosi dan pembangunan pasaran eksport;

(b) Geren Pembangunan Jenama (BPG) yang disediakan bagi tujuan membangun dan mempromosi produk dan perkhidmatan berjenama yang dimiliki oleh syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa;

(c) Bumiputera Exporter Development Programme (BEDP) dan Women Exporter Development Programme (WEDP) yang merupakan program sikongan eksport untuk Bumiputera dan wanita yang memiliki perniagaan bersaiz kecil dan sederhana serta mempunyai pengalaman terhad dalam espek pengeksportan. Program ini membantu EKS mempertingkat kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memperluaskan eksport.

(iii) menganjurkan pameran perdagangan, misi penggalakan pelaburan dan perdagangan dan misi pemasaran am dan khusus yang berkaitan promosi pasaran eksport;

(iv) menganjurkan seminar dan bengkel untuk menggalakan dan mendedahkan pengeksport mengenai pembangunan perdagangan dan peluang perniagan di pasaran antarabangsa; dan

(v) menubuhkan pejabat perwakilan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di luar negara sebagai usaha dan komitmen berterusan kerajaan ke arah menggalakkan lebigh banyak kemasukan pelabuhan, mempertingkatkan lagi eksport produk perabot ke pasaran luar negara dan mengenalpasti peluang pasaran baru.

Tuan Yang DiPertua,

Sebagai slah satu daripada lengkah untuk mempromosi produk keluaran Malaysia, termasuk perabot di pasaran antarabangsa, kerajaan malalui MATRADE pada masa ini mempunyai empat (4) buah Pusat Perdagangan Malaysia ( Malaysia Trade Center ) yang tetap di Emiriyah Arab Bersatu (Dubai), Afrika Selatan ( Johannesburg), Belanda (Rotterdam) dan Hong Kong. Pusat Perdagangan yang lengkap dengan kemudahan ruang pameran, berperanan dalam memberi peluang kepada pengeksport malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk pasaran eksport.

No comments:

Post a Comment