Friday, 27 February 2009

Bahasan di dalam junjung Usul Kasih Titah Diraja - Industri Perabot di Muar

Mesyuarat Dewan pada 26hb Februari 2009
10.11 mlm.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang dihormati kerana sudi memberi peluang kepada saya mewakili rakyat dari kawasan Bakri untuk mengambil bahagian dalam menjunjung kasih Titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin membangkitkan tentang industri perabot di kawasan Bakri dan daerah Muar. Bandar Muar terkenal dengan perusahaan industri perabot. Mengikut maklumat yang baru saya perolehi daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terdapat lebih daripada 1,895 buah kilang perabot di Malaysia dan 948 kilang berada di Muar.

Dalam tahun 2008 nilai eksport perabot Malaysia sudah mencatat setinggi RM8.7 bilion. Sekiranya kita mengikut angka-angka yang tersebut tadi nilai eksport yang disumbangkan dari kilang-kilang perabot dari Muar sahaja pun sudah tercapai RM4.3 bilion.
Mengikut berita Bernama yang bertarikh 17 Disember 2008, pada tahun 2007 Malaysia berada di kedudukan ke 10 sebagai negara pengeksport perabot terbesar di dunia, ketiga di Asia dan kedua di kalangan negara-negara ASEAN dengan nilai eksport RM8.55 bilion. Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa kesungguhan serta dedikasi dari pihak perindustrian perabot tempatan terutamanya di daerah Muar.

Namun demikian, industri perabot di Malaysia menghadapi masalah dan cabaran yang amat besar dalam krisis ekonomi global ini yang didapati baru bermula. Amerika Syarikat merupakan pasaran utama eksport perabot Malaysia dan keduanya Jepun. Kelembapan ekonomi di kedua-dua negara ini terus menjejaskan pasaran perabot di negara kita dan kemerosotan pemasaran antarabangsa dijangka akan berterusan sepanjang beberapa tahun.

Tuan Yang di-Pertua, kayu merupakan bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan perabot. Walaupun demikian, Malaysia tidak ada bekalan kayu yang mencukupi untuk menanggung keperluan industri perabot. Pihak kilang perabot tempatan terpaksalah memperoleh kayu mentah dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand.

Walaupun kerajaan mengadakan percuma import duti untuk bahan mentah yang digunakan dalam industri perabot, kos-kos pengangkutan yang semakin meningkat akan membawa kesan yang buruk memandangkan harga minyak dunia yang tidak stabil. Oleh demikian, sebahagian daripada industri perabot pun telah berpindah ke luar negara dan menetapkan tapak kilang mereka di negara-negara jiran supaya menikmati kos operasi kilang dan kos pengeluaran yang lebih rendah.

Tuan Yang di-Pertua, keupayaan industri perabot di Malaysia seharusnya kedudukan dan nama baik perabot Malaysia dapat berterusan. Dari segi pinjaman SMI ia hanya terbuka kepada syarikat-syarikat yang mempunyai keuntungan dari RM250,000 ke bawah dan pinjamannya maksimum adalah RM500,000 selama lima tahun. Saya rasa syarat-syarat pinjaman ini haruslah dipertimbangkan semula dalam krisis ekonomi yang terkini. Kerajaan tidak harus menggalakkan sahaja pembuka pengusaha-pengusaha yang baru, tetapi memastikan kilang-kilang yang sedia ada dapat diteruskan beroperasi dengan kewangan yang mencukupi.

Satu kilang yang berkala sederhana sekurang-kurangnya menghabiskan sejumlah RM500,000 sebulan untuk gaji pekerja, air, elektrik dan sebagainya. Manakala keuntungan tahunan kilang-kilang kecil ini hanya di antara RM260,000 ke RM300,000. Saya rasa syarat pinjaman RM500,000 ini tidak dapat meliputi sebilangan besar kilang-kilang yang sudah lama beroperasi. Bagi pendapat saya pinjaman SMI seharusnya dipertimbangkan ke 50% dan 70% supaya lebih banyak kilang boleh memanfaatkan daripada kemudahan pinjaman ini supaya meningkatkan daya persaingan mereka.

Kedua, kerajaan seharusnya menurunkan cukai korporat yang agak tinggi. Cadangan ini pun sudah diulang beberapa kali daripada Ahli-ahli Dewan lain pada hari lepas. Maka saya tidak mahu membuang masa mengulang isu ini.

Ketiga, cukai atas penjualan perabot di pasar tempatan yang sejumlah 10% seharusnya diturunkan atau dibatalkan. Malaysia sebagai satu negara yang berpengeluaran perabot berkualiti tinggi rakyat di negara ini sepatutnya menikmati harga perabot yang lebih rendah. Misalnya di Jepun. Jepun merupakan negara memproduksi automotif yang terkenal. Kenderaan di Jepun sesungguhnya murah dan berkualiti tinggi. Mengapa perabot ini buatan negara kita, rakyat kita sendiri perlu membayar harga yang berlebihan.

Tuan Yang di-Pertua, satu masalah yang dihadapi oleh industri perabot ialah kos pengangkutan akibat dari “re-export”. Untuk mengurangkan cukai-cukai yang dikenakan oleh negaranegara seperti Amerika Syarikat, kilang-kilang perabot tempatan terpaksa menghantar barang mereka ke negara pihak yang ketiga sebelum ia boleh sampai ke destinasinya. Kerajaan seharusnya menyelesaikan perjanjian perdagangan bebas yang berada antara Amerika Syarikat dan Malaysia dengan bijaksana dan secepat yang mungkin supaya kilang-kilang perabot tempatan tidak perlu membayar kos-kos pengangkutan yang berlebihan. Daya saing kita hanya boleh dihasilkan apabila usaha dan sikap kerjasama yang betul di antara rakyat dan kerajaan. Industri perabot di Malaysia bergantung besar kepada tenaga buruh yang amat besar.

Dari statistik yang saya perolehi dari persatuan perabot Muar terdapat 70% dari pekerja-pekerja di bidang industri perabot adalah pekerja asing. Keperluan pekerja-pekerja asing di sektor industri yang agak tinggi ini merupakan satu fakta yang tidak sihat apabila negara kita menghadapi krisis ekonomi dunia yang amat teruk.

■2220

Saya rasa pada minggu lepas sampai hari ini sudah cukup lama Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini menyentuh isu-isu pendatang asing dan kesannya terhadap sosial dan ekonomi negara kita. Oleh demikian, saya tidak mahu mengulang topik ini tetapi mengharapkan kerajaan mengambil berat tentang isu ini. Di kawasan Bakri...

Tuan Yang di-Pertua: Seminit lagi Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey, saya gulung. Di kawasan Bakri, terdapat banyak kilang-kilang perabot haram. Sebahagian besar daripada kedai-kedai perabot tersebut sudah muncul lebih daripada 20 tahun-30 tahun dan ia merupakan satu sumbangan besar kepada ekonomi tempatan dan asas sumber pekerja mahir. Walaupun sumbangan kilang-kilang perabot tempatan tidak boleh dinafikan, kerajaan seharusnya mengadakan rancangan-rancangan yang sistematik supaya menolong kilang-kilang haram ini dipusatkan di satu kawasan yang lebih sesuai.

Langkah-langkah ini bukan sahaja membolehkan kilang-kilang ini beroperasi dalam suasana yang lebih selamat, mengelakkan pencemaran alam sekitar, ia juga memudahkan pentadbiran kerajaan tempatan dan pembeli-pembeli antarabangsa. Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah melalui subsidi-subsidi dan menyediakan satu kawasan perusahaan yang berdekatan. Kebanyakan kilang-kilang perabot haram enggan berpindah adalah kerana bimbang set up cost yang tinggi dan cukai-cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan mengakibatkan mereka kehilangan daya saingan.

Untuk memusatkan kilang-kilang haram tersebut di satu kawasan perusahaan yang lebih sesuai, lokasi kawasan yang disediakan seharusnya diadakan berdekatan untuk kemahiran pekerja-pekerja mahir dan pengusaha perabot. Tindakan proaktif dari kerajaan terhadap masalah-masalah tersebut amat penting supaya perabot di Malaysia boleh dikukuhkan daripada segi persaingan antarabangsa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

3 comments:

  1. 亲爱的YB:

    首先很感谢您为麻坡家私业的重视。其实,家私业在麻坡的确制造了很多的就业机会。但是,家私厂的卫生环境也不能忽略。

    在麻坡,的确有很多的非法家私厂。但是根本是什么?是执照申请手续复杂呢?还是太过昂贵?政府必须从新检讨。如果想好好的提升麻坡的家私业,学生同意您的意见。集中所有家私厂。不过还有几项提议:

    1。规划自由区(Zon Bebas Perindustrian Perabot Daerah Muar).
    在这区域里的家私厂都能豁免或缴交比较低的所得税。提供足够的水电能源。如此一来,很多大型的家私业者将在此地设厂。这也能更容易地为所有家私厂提供服务。

    2。提供更多的商业贷款给中小型家私业者。放松申请条款。帮助业者渡过这次的经济萎缩难关。

    3。卫生问题严格对待。将一些不负责任的业者严惩。如果像走进国际化,形象很重要。麻坡大多数的家私厂的卫生问题太糟糕了。

    4。外劳问题。严肃看重非法外劳问题。虽然说雇佣非法外劳比较便宜,但是无形中制造了更多的社会问题。也会让贪污盛行。这样的运作下,麻坡家私业永远不能进步。

    5。提供更多的培训计划。让更多的专业人士进入着行业。

    6。每年的国际家私展览会都在Putrajaya举行。不过,由于收费昂贵,让许多中小型家私厂无能力负担而错过了机会。如果能够对(FreeZone)的工厂降低收费,也算是一种鼓励。

    当然您也提了不少很好的建议。不过,当今的政府忙着搞政治,对经济根本一窍不通。说了也是白说。四年后吧!

    学生上。。。。

    ReplyDelete
  2. 谢谢您的建议,由于目前国会正在开会中,所以无法及时回复,很抱歉。

    我主要比较关注的是中小型家私企业在经济冲击下所受到的影响。

    尤其是在麻坡区为数颇多的非法家私厂,在没有获得政府妥善的安置下,任其生灭。这是令人感到非常悲哀的。其实,地方政府也已经着手策划规划新的工业区,而如果进行强制搬迁的话,这将导致这些厂家因为重新设立厂房而面对整体费用过高的问题。我想,这最终将会导致厂家反弹。

    至于家私展的问题,我也已经在今天向原产部反映,我会在下周收到他们的书面答复后再部落格中公开。

    至于外劳问题,这在麻坡是非常严重的,大概我们可以在超级市场或是大马路,二马路看到来来来往往的孟加拉和越南外劳。如果在接下来的日子工厂订单越来越少事,将会导致这些外劳四处乱窜,因为我所了解的是,很多厂商并没有遵守移民局的条规,把这些外劳遣散回国。

    我希望您能留下联络电话,邮寄到我的信箱,我觉得您对本地区发展的理解和建议都非常仔细和深入。希望在接下来的课题设定时,能够获得您的意见。

    谢谢支持。

    ReplyDelete
  3. 亲爱的YB,

    首先很感谢看到您的回复和认真。由于学生在时间上的关系,只能在网络上给您我个人的意见。希望您不要见怪。

    对于政府种种的承诺,学生早已不抱任何希望。只希望四年后能刮起新一轮的政治海啸。让国阵真正惨败及失去中央执政权。或许到是人民才能看到曙光。

    国阵已经慢慢的在腐败中。学生也不想影响这种腐败过程。就算再好的建议,只要对国阵朋党没有好处,也只是废话连篇。

    您也提到了Muar到Tangkak的道路是国防部副部长承包的,难道一点舞弊贪污成分都没有?只有白痴相信。最好的方法就是立法不许政治人物参与或承包任何政府公共工程。如查到,就以贪污罪惩罚。淡然这样也就断了他们的财路。所以还是废话连篇。。。。

    学生上。。。。

    ReplyDelete