Wednesday, 25 February 2009

Pertanyaan Lisan yang dijawap dalam Dewan Rakyat

8. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tarikh siap projek menaik taraf Jalan Muar-Tangkak. Mengapa dalam tempoh yang singkat ini keadaan jalan raya mulai rosak. Senaraikan nama kontraktor yang bertanggungjawab dan kos-kos untuk projek ini. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor tersebut. Nyatakan jadual untuk memperbaiki jalan raya tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat skop projek adalah melebar sebahagian dari Jalan Muar-Tangkak sepanjang 8 kilometer untuk kemudahan lorong memotong di kawasan berbukit dan selekoh merbahaya.

■1120

Kontraktor yang melaksanakan projek ini adalah Sakiza Indah Sdn. Bhd. dan kerja-kerja pembinaan telah disiapkan pada 13 November 2006 dengan kos sebanyak RM10,318,000. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat telah berlaku kerosakan turapan jalan di beberapa tempat di sepanjang projek tersebut yang berpunca daripada masalah kandungan air bawah tanah yang tinggi yang mana ianya tidak dapat dikesan semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Semasa kerja-kerja pembaikan kerosakan dijalankan berlaku musim tengkujuh luar biasa pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007 di mana saliran sedia ada tidak mampu menampung jumlah aliran air yang terlalu banyak menyebabkan kerosakan jalan bertambah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak kontraktor telah memperbaiki kerosakan jalan dan kerja-kerja pembaikan kerosakan telah siap dilaksanakan sepenuhnya pada 23 Januari 2009, sekian.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan dari Timbalan Menteri, soalan tambahan saya adalah Jalan Muar-Tangkak merupakan jalan utama menghubungkan bandar Muar ke Lebuh Raya Utara Selatan. Projek naik taraf yang dijalankan oleh kerajaan sudah pun menukar jalan ini dari dua lane kepada tiga lane. Namun projek ini sudah diserahkan kepada konduktor yang tidak bertanggungjawab selepas projek tersebut disiapkan. Tidak sampai satu tahun pun pembukaan jalan raya sudah terjadi rosak, lubang-lubang muncul di merata-rata tempat. Selain daripada itu, laluan memotong yang berada di beberapa tempat di jalan raya ini juga tidak mencukupi, ia tidak mendatangkan kesan yang besar kepada pengguna jalan raya semasa mereka mengekori lori-lori dan kenderaan berat. [Dewan riuh]

Keadaan ini memang membawa pengguna jalan raya dan saya rasa ini memang tidak sepatutnya berlaku memandangkan serahan jalan raya ini apabila disiapkan telah diperiksa oleh JKR. Saya di sini ingin bertanya Menteri Kerja Raya, siapakah orang yang memeriksa dan meluluskan jalan raya ini? Apakah tindakan yang sudah diambil terhadap pegawai-pegawai tersebut. Soalan tambahan saya ialah bilangan kes kemalangan jalan raya maut dan bukan maut yang telah berlaku di jalan Muar-Tangkak selepas projek naik taraf ini disiapkan sampai kini. Sila nyatakan berapa kali maintenance tambahan yang sudah dijalankan untuk pembukaan jalan raya tersebut sejak projek ini disiapkan. Sekian terima kasih.

Dato Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya sudah jawab, kerana air takung di bawah tanah terlalu banyak dan musim tengkujuh menyebabkan jalannya rosak. Kita telah pun mengarahkan pihak kontraktor untuk membaikinya dan projek ini telah pun dibaiki pada 23 Januari tahun ini. Saya harap Yang Berhormat pergi lihat jalan ini, ada lagi kerosakan atau tidak dan semua kerja pembaikan ini telah pun ditanggung oleh pihak kontraktor.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jalan ini 100% dalam kawasan saya, bukan kawasan dia. Akan tetapi dia lalu hari-hari, cuma saya nak confirm memang benar jalan ini telah pun diperbaiki semula menggunakan teknologiteknologi baru iaitu cold in-place recycle. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kaedah baru ini, teknologi baru ini adakah akan dilanjutkan ke jalan-jalan lain dan terbukti sangat berkesan di jalan tersebut. Lanjutan daripada jalan tersebut, bila agaknya jalan empat lorong dari Tangkak ke Segamat akan dibina dalam tempoh yang terdekat kalau boleh, sekian, terima kasih.

Dato Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat dari Ledang, Tuan Yang di- ertua, kita telah pun memperbaiki jalan dengan cara yang baru, kita masih mengkajinya. Kalau ianya memang berkesan kita akan lanjutkan kepada jalan-jalan lain yang memerlukan special treatment, sebab airnya di bawah tanah banyak dan pasal jalan di Muar ke Tangkak ke Segamat, memang ini telah pun dicadangkan kepada pihak UPE atau Unit Perancangan Ekonomi di mana kita akan membina satu jalan baru dengan empat lorong, dual carriageway ini masih dalam kajian.Kemungkinan jalan ini ada juga di bawah projek koridor, ianya akan dilaksanakan termasuk dalam projek-projek untuk pembangunan koridor di Johor, sekian.

3 comments:

  1. YB也应该提问一下,麻坡马六甲大道的问题,也是做好不久就问题多多。外环公路也是面对同样的问题。

    谢谢

    麻坡人敬上

    ReplyDelete
  2. Cold In-Place Recycling
    Background

    The current concept of Cold In-place Recycling (CIR) of bituminous pavement was introduced in Eastern Canada in 1989. The benefits associated with the CIR process are significant when compared with traditional pavement rehabilitation methods from both cost and performance perspectives. The CIR method is an environmentally friendly process as it reuses in-place bitumben and aggregates which reduces the overall fuel consumption while minimizing hazardous emissions.

    据学生所知,这已经不是什么新的科技了。不但成本能减少80%(和传统科技比较),还能延长路面龟裂情况从传统的十年到CIR科技的二十年。马来西亚到现在还在研究这个科技???我们已经落后别人二十年了!!!

    再来,传统的科技虽说成本高,但也不至于一两年内损坏。只有两个原因:

    1。贪污。
    2。政府机构里没有人才!!!

    学生上。。。

    ReplyDelete
  3. 谢谢匿名,我会和沈同志商讨一下这条公路的课题,在下次的国会提出,请留意我部落格中的更新。

    谢谢教授学生,
    Cold In-Place Recycling 不过是把原本的柏油路面的柏油刮下,煮溶了之后再重新铺上,仅此而已。我会在这两天再找个机会向礼让的哈敏开炮,希望能够灭一灭他们的威风,很可惜我语文不好,希望坚持下去能够对答如流。

    另外,这条公路是我们的国防部副部长承包的,在国会走廊他是这样对我说的。

    谢谢你们的支持!

    ReplyDelete